Tiba-tiba ada Kelab Sahabat Najib pulak!

Gambar Hiasan

Portal berita dari media arus perdana hari ini melaporkan bahawa Kelab Sahabat Najib 1987 (KSN 87) mahu semakan kehakiman yang dikemukakan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung titah adendum perlu dilakukan di mahkamah terbuka dan bukannya di dalam kamar kehakiman. 

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak 

Menurut portal berkenaan, Malaysiakini, Presiden KSN 87 Encik Abdul Rahman Bakar berkata kerajaan perlu memberi penjelasan kerana ia membabitkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Presiden KSN 87 Encik Abdul Rahman Bakar 

"Dalam hubungan ini, saya bagi pihak rakan-rakan meminta pihak berwajib tidak berdolak dalik untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah nanti.

“Ia bukan perkara biasa tetapi melibatkan (titah) mantan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 yang sewajarnya tidak patut dipolitikkan.

"Sedari itu, kami berterima kasih dan tabik kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi yang telah menandatangani satu afidavit menyokong permohonan ini. Ia jelas menggambarkan bahawa UMNO tidak berbelah bahagi menyokong permohonan DSN (Najib).

"Kami juga berharap kes ini dilaksanakan di mahkamah secara terbuka bukannya di kamar kehakiman kerana melibatkan individu berprofil tinggi dan rakyat jelata begitu teruja untuk mengetahui kedudukan sebenar," portal berkenaan memetik Abdul Rahman sebagai berkata dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 17 April lalu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyokong dakwaan Najib berhubung dakwaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar bekas perdana menteri itu menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Zahid mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024.

"Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum, dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya betarikh 29 Januari 2024.

"Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain telah melihat titah adendum tersebut. Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail juga telah melihat salinan titah adendum dan boleh mengesahkan perkara yang sama," menurut Ahmad Zahid, seperti dipetik Malaysiakini.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 1 April lalu, ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang dalam kes rasuah SRC International.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum (tambahan) dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga bekas ahli parlimen Marang berkata KSN 87 dilaporkan berikrar akan terus menyokong Ahmad Zahid dalam usaha membela Najib.

‘Tangan lain pandu kerajaan’

"Sesungguhnya, KSN 87 tidak akan berganjak dan menyokong penuh pendirian presiden UMNO demi untuk menampakkan sebuah keadilan untuk seorang yang berjasa kepada negara tercinta dan mengharapkan pihak MKT UMNO menyatakan pendirian secara ' loud and clear' and 'without fear and favour' ke atas permohonan DSN ini.

"Dan kami tidak mahu ada 'tangan lain' yang memandu kerajaan perpaduan sedangkan kita adalah bersama-sama menubuh dan mewujudkan kerajaan yang ada pada hari ini," katanya lagi.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri