Tak Tahan Lagi, Makin Ramai Pemandu E-hailing Mula Cari Kerja Lain

Perang harga antara syarikat pengendali aplikasi e-hailing bagus untuk penumpang tetapi menjejaskan pemandu. – (Gambar Hiasan dari akhbar Kosmo!)

Perang harga dalam kalangan syarikat penyedia perkhidmatan aplikasi ­e-hailing memberi keuntungan kepada penumpang tetapi pada masa sama menjejaskan pendapatan kira-kira 170,000 pemandu di seluruh negara, demikian menurut tinjauan akhbar Bahasa Melayu bersaiz kecil Kosmo! dalam laporannya hari ini.

Menurut tinjauan itu, purata lima orang pemandu berhenti setiap hari untuk mencari peluang pekerjaan lain pula. 

Tindakan penyedia per­khidmatan e-hailing yang secara berterusan memikat penum­pang dengan harga terendah mereka itu menyebabkan ramai pemandu lama berhenti kerana mendakwa ia tidak lagi berbaloi dengan kos yang perlu ditanggung. 

Statistik Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD, dahulu dikenali sebagai SPAD, sebelum itu LPKP) mendedahkan terdapat sebanyak 27 syarikat e-hailing yang dilesenkan oleh agensi tersebut setakat 5 Mac lalu.

Untuk rujukan, APAD berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (di zaman pemerintahan Pakatan Harapan hingga sekarang), SPAD pula bertaraf Suruhanjaya berada di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri (di zaman pemerintahan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak). Sebelum itu, pihak berkuasa pengangkutan awam dikenali sebagai LPKP.

Seorang pemandu teksi veteran berpengalaman lebih dua puluh tahun baru-baru ini memberitahu Permadu Malaysia

"Kalau pemandu teksi letak harga mengikut kesesuaian dan keadaan, penumpang komplen dan report, permit akan dirampas, beserta denda akan dikenakan kepada pemandu teksi yang serba susah. Tetapi sekarang syarikat e-hailing nampaknya lebih berkuasa dari kerajaan. Mereka boleh turun dan naikkan harga tambang sesuka hati..."

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri