Mempersembahkan Politik Matang dan Sejahtera Zahid Hamidi
Inilah masanya kita balas jasa PH, kata presiden UMNO
Hanya orang yang sengaja cari masalah sahaja yang akan memanggil Timbalan Perdana Menteri Zahid Komedi
Pilihan raya kecil (PRK) kali ini adalah waktu untuk BN membalas jasa PH yang membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
Menurut laporan agensi berita rasmi negara Bernama, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PKR, Amanah dan DAP telah mendukung serta memberi sokongan kepada calon UMNO pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan parlimen Kemaman.
Pemimpin kontroversi dengan kes rasuah yang dibebas tetapi tidak dilepaskan (DNAA) yang juga timbalan perdana menteri itu berkata, justeru BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung kerajaan perpaduan.
“Itu prinsip kami yang sejak awal lagi sudah dinyatakan, jadi kami dah gerak jentera UMNO dan MIC untuk jaga lapan PDM (pusat daerah mengundi), termasuk menyantuni komuniti Orang Asli, pengundi dari parti kami dan juga pengundi Melayu tidak berparti.
“Kami akan sokong calon yang mewakili kerajaan perpaduan. Prinsip kami jika kerusi itu dipunyai oleh salah satu parti komponen dalam kerajaan perpaduan, maka kami menghormati formula untuk berikan kerusi itu pada parti berkenaan kecuali jika terdapat swap (pertukaran) dan faktor lain,” Bernama memetik Ahmad Zahid sebagai berkata di Kuala Kubu Bharu hari ini.
Presiden UMNO itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi calon kerajaan perpaduan, Pang Sock Tao, ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Mengulas mengenai pendirian MCA yang tidak akan berkempen kerana calon BN tidak bertanding di situ, Ahmad Zahid berkata, dia yakin MCA Selangor akan menggerakkan jentera mereka di peringkat bahagian dan DUN untuk membantu calon kerajaan perpaduan.
“Kita faham perasaan MCA, insya-Allah apabila kedinginan meliputi perasaan, saya fikir suasana akan berubah.
"Kita tidak jangka (bila MCA akan mula turun bantu kempen) tapi saya fikir UMNO-MCA dua sahabat lama sejak 1974, dan saya fikir ia akan dapat disantuni dengan baik,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai tular rakaman Pang yang didakwa mengutuk BN, Ahmad Zahid berkata itu merupakan tindakan jahat pihak pembangkang.
“Kalau nak ulang (video lain) banyak lagi, tapi dalam perkara ini yang ada di hadapan kita ialah kita tutup buku lama, buka buku baru dan cari pendekatan terbaik,” katanya.
PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini manakala pengundian awal pada 7 Mei.
PRK KKB merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 2022.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment