Lenggang Lenggok Puteri Jelita Dari Kulai

Realiti Tukar Pendirian Demi Kestabilan Kuasa Politik 

DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Puan Teo Nie Ching (dua dari kanan) beramah mesra dengan ahli Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 persatuan itu di Iskandar Puteri pada Ahad.

Akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Sinar Harian melaporkan bahawa Ketua Wanita DAP,  Puan Teo Nie Ching berkata, pihaknya tetap menghormati keputusan mahkamah itu nanti walaupun sebelum ini parti tersebut pernah berkempen supaya bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan.

"Saya tidak mahu komen banyak sebab dalam kes Datuk Seri Najib, pendirian DAP adalah jelas bahawa beliau bersalah.

"Kita telah berkempen tentang perkara itu selama beberapa tahun dan beliau juga telah dijatuhkan hukuman.

"Jadi berhubung isu ini (tahanan di rumah), kita akan menghormati, kita tidak boleh kata tidak terima kerana semasa beliau dijatuhkan hukuman bersalah, itu juga merupakan keputusan mahkamah," kata Teo yang juga dikenali sebagai Puteri Jelita Dari Kulai.

Akhbar berkenaan memetik Teo sebagai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di Iskandar Puteri, Johor hari ini, Ahad 21 April 2024.

Pemerhati melihat kenyataan beliau berkonsepkan politik matang dan sejahtera, seperti pernah dipromosi parti PAS sebelum ini. PAS juga merupakan parti yang pakar dalam hal berkaitan menukar pendirian apabila keadaan memerlukan mereka berbuat demikian.

Beliau mengulas berhubung permohonan Najib bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman Titah Adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 1 April lalu.

Dalam notis permohonan itu, beliau memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya.

Kelmarin (Jumaat), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau enggan terlibat berhubung isu berkenaan dan memaklumkan itu di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.

"Saya tidak mahu terlibat perbincangan soal titah adendum dan sebagainya, ini bidang kuasa lembaga pengampunan dan wewenang sepenuhnya Agong atau raja-raja Melayu," ujar Anwar.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri