Kenyataan tidak berhati-hati Nga Kor Ming boleh tambah kebencian orang Melayu terhadap DAP

Encik Nga Kor Ming bersama taikun Tan Sri Vincent Tan ketika pelancaran cawangan Starbucks di premis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya, pada Ogos 2023. (Gambar KPKT)

Kelmarin, portal berita yang menyatakan secara terbuka mereka pro-pembangkang, melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming menuduh mereka yang menyeru boikot sebagai "penghasut" yang merosakkan ekonomi negara, dalam komen yang ditujukan terhadap kempen boikot beberapa syarikat Amerika Syarikat sebagai membantah sokongan berterusan Washington terhadap Israel.

Menurut portal MalaysiaNow, Nga, yang juga naib pengerusi DAP, mengulas laporan berita berbahasa Cina mengenai pekerja yang terkesan dengan kempen boikot terhadap sebuah jenama makanan segera, antara yang menjadi sasaran kempen boikot anti-Israel sejak tahun lalu.

"Jangan sekali-kali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara," kata Nga dalam satu kiriman di media sosial.

Beliau menyifatkan mereka yang memboikot rantaian makanan segera sebagai tidak bertanggungjawab, sambil menambah ia menjejaskan ekonomi Malaysia.

Komen itu mendapat reaksi keras daripada netizen, yang mengkritik Nga kerana menyalahkan ekonomi yang lemah ke atas kempen boikot anti-Israel.

Ketika dihubungi, BDS Malaysia, kumpulan di sebalik kempen antarabangsa memulau kepentingan AS dan Israel, mempersoalkan Nga kerana cuba menuduh kempen tersebut sebagai punca kemerosotan ekonomi.

"Kalau orang boikot satu kedai, dia akan beli dari kedai lain pula," Pengerusi BDS Malaysia Encik Nazari Ismail memberitahu portal berkenaan.

Beliau memberikan contoh dua produk, masing-masing jenama komputer dan stesen petrol, yang disasarkan BDS Malaysia untuk diboikot.

"Kalau orang tak beli komputer XX, dia akan beli komputer lain. Kalau tak pergi stesen minyak XX, mereka pergi stesen minyak lain. Ada banyak pilihan. Jadi ekonomi secara umum tak terkesan sebenarnya. Cuma syarikat yang kena boikot sahaja yang terkesan."

Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh menyuarakan sentimen sama, berkata kempen boikot sebelum ini, termasuk ketika pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak memberi kesan kepada ekonomi.

"Kepada YB menteri Nga Kor Ming yang kurang bijaksana, ekonomi negara jadi teruk sebab ada menteri yang macam kamu! Bodoh!" katanya dalam catatan Facebook.

Kenyataan itu mendapat pujian netizen, tetapi ada juga yang mempersoalkan Akmal dan kepimpinan UMNO kerana masih menjadi sekutu Pakatan Harapan (PH).

"Dari dulu lagi rakyat tahu PH bodoh, yang kamu (UMNO) terhegeh-hegeh tubuh kerajaan dengan mereka tu kenapa? Jangan pakai dalil titah YDPA pula," tulis Akmal Izzad.

Pada November lalu, McDonald's, salah satu yang paling terkesan dengan kempen boikot itu, mencetuskan tanda tanya selepas mendakwa sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk membawa pertuduhan menghasut terhadap mereka yang berkempen untuk memulau syarikat itu.

Dalam hantarannya yang telah pun dipadamkan, beberapa wakil syarikat itu berkongsi gambar bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik Mohamad Salim.

Kesan daripada kempen boikot itu, beberapa syarikat francais AS di negara-negara Islam didorong untuk menunjukkan rasa simpati mereka kepada rakyat Palestin dengan mengumumkan bantuan kemanusiaan untuk Gaza, di samping cuba menjauhkan diri daripada pemilik francais.

Di Malaysia, syarikat seperti KFC, misalnya, menaikkan sepanduk memberitahu pelanggan yang syarikat itu dimiliki entiti tempatan.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan kempen boikot terhadap syarikat-syarikat makanan segera ini, yang dilihat berjaya apabila cawangan-cawangan McDonald's dan KFC yang biasanya sibuk di seluruh negara hampir lengang walaupun pada waktu puncak.

Nasib sama turut menimpa Starbucks Malaysia, di mana syarikat itu terpaksa menanggung kerugian hasil kempen boikot yang agresif.

Di Malaysia, Starbucks dimiliki oleh Berjaya Food, iaitu sebahagian daripada Berjaya Corporation, konglomerat milik jutawan terkemuka Tan Sri Vincent Tan.

Syarikat itu juga memiliki rangkaian runcit 7-Eleven, yang pengerusinya ialah Datuk Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Disember lalu, portal berita MalaysiaNow melaporkan bahawa 7-Eleven di Israel menyatakan sokongannya terhadap tindakan ketenteraan di Gaza.

Ketika Israel bersiap sedia menyerang Gaza susulan serangan Hamas pada 7 Oktober, 7-Eleven di negara itu menawarkan diskaun 50% kepada askar yang dikerah untuk operasi tentera di Gaza yang setakat ini telah membunuh lebih 30,000 orang awam Palestin.

Sebelum kenyataan terbaru Nga, sebuah klip video yang disebarkan di WhatsApp mengecam menteri itu kerana merasmikan cawangan Starbucks di lobi kementeriannya di Putrajaya.

Cawangan Starbucks tersebut, yang dibuka hanya dua bulan sebelum pengeboman Israel ke atas Gaza pada Oktober lalu, adalah satu-satunya cawangan syarikat kopi itu di premis sebuah kementerian.

Kenyataan terbaru Nga dilihat mencetuskan kembali ketegangan antara Pemuda Umno dan DAP ketika episod "stokin Allah" kelihatan mula reda.

Akmal baru-baru ini membatalkan hasratnya meneruskan boikot rangkaian runcit KK Mart selepas penemuan stokin tertera nama "Allah".

Pemimpin DAP sebaliknya bertindak menunjukkan solidariti dengan KK Mart dan menggesa orang ramai membeli-belah di rangkaian runcit itu.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri