Jujurlah, jangan berpaut kepada titah addendum untuk kepentingan politik dan memaafkan korupsi semudahnya

Bekas PM "kerajaan gagal" anggap Anwar bodoh

Pengerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dia enggan mengulas berhubung dakwaan kewujudan "titah addendum" agar Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menghabiskan hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Menurut laporan portal berita dari media arus perdana Malaysiakini, Muhyiddin berkata Anwar merupakan perdana menteri yang "bodoh" jika dia tidak tahu berkenaan perkara itu, yang dikatakan dibuat mantan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

"Aneh, luar biasa bila perdana menteri ditanya tentang (titah) addendum pengampunan Najib, dia kata dia tak tahu.

"Bagaimana perdana menteri Malaysia tak tahu (berkenaannya)? Jika (memang) perdana menteri tak tahu, bermakna dia memang betul bodoh," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Kubu Bharu di Selangor, semalam.

Najib sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman, antara lain agar mahkamah mengarahkan kerajaan untuk mengesahkan kewujudan titah tersebut dan melaksanakannya.

Ahmad Zahid Hamidi

Permohonan itu mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang memfailkan afidavit menyatakan dia telah melihat dan membaca titah tersebut.

Dua hari lalu, apabila ditanya media berkenaan perkara itu, Anwar berkata Zahid memfailkan afidavit atas kapasitinya sebagai presiden UMNO.

Namun beliau enggan mengulas berhubung titah tersebut, dengan berkata ia adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya mengambil tanggungjawab atas perkara itu.

Muhyiddin, lebih mesra dengan panggilan Abah Prihatin, juga dengan sinis mencadangkan agar Zahid menggantikan Anwar sebagai perdana menteri memandangkan "Zahid lebih tahu daripadanya (Anwar)".

"Menteri terlibat (dalam sokongan kepada permohonan Najib) telah buat pengumuman, tapi dia (Anwar) kata tak tahu.

"Zahid lebih tahu daripada dia, lebih baik Zahid jadi perdana menteri," sindirnya.

Terdahulu semalam, Anwar ketika berucap dalam konvensyen khas PKR membidas pihak yang mengkritik kerajaan berhubung isu tahanan di rumah.

Menurutnya, Sultan Abdullah selaku pengerusi Lembaga Pengampunan ketika itu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad dan kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa itu.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri