Fahmi Fadzil pra-matang dan angkuh tak bertempat, Zaid Ibrahim tegur pertahan hak Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ada semua hak untuk mempersoalkan kerajaan berhubung kontroversi “perintah tambahan” berkait tahanan rumah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata bekas menteri undang-undang, portal berita dari media arus perdana FMT memetik satu hantaran di aplikasi X oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid berkata ia menyedihkan untuk mengaitkan kehilangan menantu Muhyiddin, Datuk Seri Adlan Berhan dengan kedudukan moral bekas perdana menteri itu dalam bercakap mengenai kontroversi tersebut.

Zaid mengulas kenyataan jurucakap kerajaan Encik Fahmi Fadzil semalam, yang berkata Muhyiddin perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan dengan membawa Adlan yang didakwa “melarikan diri”, kembali ke Malaysia.

“Jemput balik menantu anda dulu, kemudian baharulah anda ada kedudukan untuk bercakap,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait isu “perintah tambahan”, awal hari ini.

Video terbitan FMT bertarikh 22 April 2024.

“Jika beliau gagal berbuat demikian, justeru beliau tidak ada kedudukan moral untuk bercakap.”

Bagaimanapun, Zaid berkata “salah pengendalian” kerajaan dalam isu itu umpama mencabar kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam isu pengampunan.

Video terbitan FMT bertarikh 22 April 2024.

“Jangan lupa kita bukan hanya bercakap mengenai prerogatif Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah (yang mengeluarkan titah itu) tetapi semua sembilan raja Melayu yang mempunyai kuasa prerogatif di negeri masing-masing.

“Cara kerajaan menangani titah ini secara rahsia mempunyai kesan yang besar. Setiap raja di negeri yang memberi pengampunan atau pengurangan hukuman mungkin tidak akan tahu adakah kerajaan akan mengikut keputusan itu, kerajaan negeri mungkin akan mengabaikannya atau menteri besar tidak mahu terlibat,” katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata, maklum balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap apa dipertikaikan “perintah tambahan” menunjukkan seolah-olah mahu “lepas tangan”.

Katanya, Anwar perlu memberikan penjelasan dan membetulkan keadaan kerana isu itu menunjukkan pemimpin kerajaan tidak mempunyai pendirian yang sama.

Beliau mengulas keengganan Anwar dilibatkan dengan pertikaian perintah tambahan itu kerana ia adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.

Pada Februari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya bersedia membuat pendakwaan pecah amanah jenayah terhadap Adlan, namun masih belum dapat menjejaknya.

Tahun lalu, sumber SPRM berkata, agensi tersebut menyiasat penganugerahan kontrak lumayan kepada Adlan, melibatkan kemungkinan salah guna kuasa berhubung Sistem Bersepadu Nasional (NIISe).

Adlan bagaimanapun menafikan dakwaan itu menerusi peguamnya, bahawa beliau lari daripada undang-undang.

Najib memohon kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan prosiding semakan kehakiman memaksa kerajaan mendedahkan “perintah tambahan” yang didakwa dari Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, semasa mesyuarat lembaga pengampunan pada 29 Jan.

Perintah tambahan itu didakwa membenarkan Najib menghabiskan baki hukuman di bawah tahanan rumah, dalam kes SRC International yang disabitkan.

Sebelum ini, lembaga mengurangkan separuh hukuman 12 tahun penjara, kepada enam tahun, dan mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib, 70, sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dan dijangka bebas pada 23 Ogos 2028.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri