DAP perasan dia baik, tegur Bersatu

Berbeza pandangan, DAP jadi serba tak betul, dilihat berlagak baik

Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengingatkan DAP agar jangan 'berlagak baik' sehingga memberi amaran kepada pengamal media agar mengelak membuat laporan yang mensensasikan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Sinar Harian memetik hantaran Facebook Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris (gambar, atas) sebagai berkata, parti tersebut yang sepatutnya konsisten mengelak memprovokasi isu 3R di negara ini.

Razali berkata demikian membidas kenyataan Ketua Whip Parlimen DAP, Encik Nga Kor Ming yang meminta pengamal media memainkan peranan semak dan imbang serta mengelak daripada mensensasikan isu 3R.

Beliau mendakwa, banyak contoh-contoh perkara 3R yang diprovokasi parti DAP dan dilaporkan dalam pelbagai platform media.

"Bukti sangat jelas, malahan parti ini umpama mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih," katanya dalam satu hantaran di Facebook berkenaan semalam, Ahad 21 April 2024.

Terdahulu, Kor Ming mendakwa isu 3R yang kerap dimainkan media sama ada konvensional dan elektronik, hanya akan menguntungkan segelintir pihak yang disifatkannya sebagai 'parasit' dan 'ulat politik.'

Pengerusi DAP Perak itu mendakwa, persepsi rakyat diakui banyak dipengaruhi oleh pemberitaan, justeru laporan yang mensensasikan isu 3R dianggap akan merugikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas perkara tersebut, Razali turut menyifatkan kenyataan Kor Ming sebagai cubaan campur tangan dan memperlekehkan kredibiliti tugas pengamal media.

"DAP yang sebenarnya 'parasit' dan 'ulat politik' yang merugikan kemakmuran rakyat yang seharusnya dibina dengan baik. Sudah menjadi kerajaan pun berperangai pembangkang.

"DAP yang sebenarnya seolah-olah parti yang tidak membina sahsiah pembangunan insaniah. Sebenar-benarnya DAP umpama musang berbulu ayam," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri