Bicara SRC saman Najib di Mahkamah Tinggi

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Menimbulkan sedikit persoalan, tokoh ini berkata beliau tidak pernah ditangkap, tetapi perjalanannya ke luar negara disekat pada tahun 2018.

Media melaporkan bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam (Isnin), beliau tidak berkomplot dengan pihak lain untuk memanipulasi syarikat terbabit sehingga menyebabkan dana syarikat mencecah bilion ringgit disalahgunakan.

Sebaliknya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah disabitkan kesalahan penyelewengan dana RM42 juta SRC malah ia disahkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Seperti dilapor akhbar harian berpengaruh Sinar Harian, Shahrol Azral, 54, berkata demikian ketika perbicaraan kes saman sivil AS$1.18 bilion (RM5.64 bilion) SRC International, terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Dia yang juga bekas CEO SRC International turut menafikan telah menerima faedah daripada dana yang telah diselewengkan.

"Tiada perkara yang hendak disembunyikan kerana saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Saya tidak pernah didakwa atas kesalahan berkaitan kerugian yang dialami plaintif (SRC International) berhubung salah guna dana RM4 bilion yang diperoleh daripada pinjaman KWAP (Kumpulan Wang Persaraan)," katanya ketika disoal peguam, Harvinderjit Singh yang mewakili Najib.

Pada perbicaraan kes ini, Shahrol Azral yang dinamakan sebagai pihak ketiga dalam saman sivil itu berkata, sebelum ini pasport antarabangsanya tidak pernah dirampas oleh mana-mana pihak.

Katanya, sekatan perjalanan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia terhadapnya hanya diketahui, ketika siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

Menurutnya, dokumen perjalanannya tidak pernah dirampas tetapi dia telah dilarang untuk ke luar negara.

SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman itu pada Mei 2021, mendakwa Najib melakukan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa, mendapat manfaat secara peribadi daripada dana syarikat, dan menyalahgunakan dana tersebut.

Syarikat itu menuntut ganti rugi am, teladan dan kerugian tambahan, serta faedah, kos dan relif lain yang sesuai yang diberikan oleh mahkamah.

Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan mereka menuntut Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.

Najib, 71, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Perbicaraan bersambung esok, Rabu 17 April.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank