Bendahara derhaka titah addendum Sultan Melaka, dia tak bunuh Hang Tuah

Ungkapan titah addendum atau dalam bahasa mudahnya bermaksud titah tambahan dari titah utama, secara mendadak menjadi sebutan ramai menjuarai Carta Lagu "Zahid Tak Terucap" paling popular di Malaysia pada masa ini.

Istilah Titah Addendum bukanlah kepraktisan baru.

Kalau kita baca sejarah dalam Buku Hikayat Sejarah Melayu, yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sehingga kini, seorang sultan di zaman Kesultanan Melaka pernah bertitah addendum supaya Hang Tuah dihukum bunuh kerana didakwa terlibat dalam skandal seks dengan seorang petugas wanita di istana.

Menurut karya cipta sejarah itu, dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata. Wallahualam.

Dalam diam, Bendahara (kalau sekarang macam perdana menterilah) bertindak menderhaka kerana tidak menjunjung titah Sultan.

Sebaliknya, Bendahara diberitakan menyembunyikan Hang Tuah di dalam hutan (kalau sekarang hutan simpan - reserved forest agaknya), diambil baju dan pakaian Hang Tuah, mungkin termasuk seluar dalam sekali😅. Hang Tuah diberi sepersalinan pakaian lain untuk dipakai.

Bendahara dan pegawai khasnya kemudian menaburkan darah ayam hutan ke atas pakaian Hang Tuah untuk ditunjukkan kepada Sultan sebagai bukti bahawa Laksamana Hang Tuah sudahpun dibunuh. Ini satu penipuan yang serius!

Maka, siaran langsung pengumuman rasmi dibuat di seluruh negeri Melaka, Hang Tuah sudah dilaksanakan hukuman mati mandatori, dibunuh.

Tanpa diduga, tiba-tiba timbalan dan sahabat setia Hang Tuah iaitu Hang Jebat mengamuk. Bukan apa, mungkin Hang Jebat bengang Hang Tuah dihukum berhakimkan Sultan semata-mata. Tanpa Timbalan Pendakwa Raya, tanpa peguam bela berwajah mirip Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Apa lagi, Kelab Sahabat Hang Tuah pun tak ada. Pendekar setia berwajah seperti Datuk Seri Ahmad Maslan pun tiada. 

Hang Jebat bertindak ganas secara solo, termasuk menurut khabar angin, merogol dayang istana. Betul ke? Jika sejarawan ulung Prof Dr Khoo Kay Kim masih hidup, mungkin mendiang boleh memberi jawapan lebih tepat.

Sultan terpaksa berpindah ke istana sementara yang lain kerana Hang Jebat sudah conquer istana. Hebat Hang Jebat kan. Walaupun untuk seketika sahaja. Tiada pendekar lain yang berani menentang Hang Jebat, termasuk para pendekar senior seperti Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Di saat itulah Sultan mengeluh dan menyesal dengan berkata: "Kalaulah Hang Tuah masih hidup... Hanya dia yang dapat menewaskan Hang Jebat..."

Pada ketika itulah Bendahara membuat pengakuan di hadapan Sultan sambil menangis bahawa sebenarnya Hang Tuah masih hidup. Maka Sultan merasa sungguh gembira dan mengeluarkan titah addendum sekali lagi supaya Hang Tuah dibawa pulang, untuk memerangi Hang Jebat yang menderhaka.

Secara automatik, isu menderhaka Bendahara kepada Sultan kerana tak bunuh Hang Tuah dibuang kes.

Akhirnya, Hang Tuah muncul ala penyanyi legenda Michael Jackson  The Magic Return  tanpa membuang masa, terus ke Istana Negara untuk menghabiskan riwayat Hang Jebat.

Walaupun perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan di separuh masa pertama (aikkk.. macam pasukan Harimau Malaya pulak kan?), akhirnya Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat pada masa tambahan di minit ke 98.

Itulah happy ending sebuah kisah purbawara penuh dramatik.


DISCLAIMER: Fauzi Kadir menggarap mengikut imaginasinya sendiri, kisah dari Buku Hikayat Sejarah Melayu tanpa mengaitkannya dengan isu semasa politik Malaysia.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri