Makin Diberi Peluang Merayu, Makin Desak Mahkamah Hukum Dirinya Gantung Sampai Mati

Ng Chan Keong dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta dikenakan 12 sebatan atas kesalahan mengedar 2.7 kg dadah methampethamine pada 2018.
(Gambar oleh Meor Riduwan Meor Ahmad untuk akhbar Harian Metro)

MACAM-MACAM

Inilah yang dinamakan pembaharuan seorang tertuduh di mahkamah

"Saya mahu hukuman gantung sampai mati. Itu sahaja," kata tertuduh, Encik Ng Chan Keong, 39, ketika diberi peluang oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, semalam, untuk menyatakan hasrat terakhir selepas disabitkan atas pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 2.7 kilogram (kg), enam tahun lalu, media melaporkan pada 26 Mac 2024.

Menurut akhbar popular Harian Metro, Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis bagaimanapun menegaskan hak mahkamah untuk menentukan hukuman dan menangguhkan prosiding selama lima minit.

Sebaik prosiding bersambung beliau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 2 Oktober 2018 dan 12 sebatan.

Terdahulu, ketika membacakan penghakimannya, Anslem berkata, selepas menimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Beliau berkata, bagaimanapun mahkamah berpuas hati pendakwaan membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Ng didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2.7 kilogram di tepi lorong kecemasan KM 215 arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Alor Gajah di Melaka, pada 2 Oktober 2018, kira-kira jam 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Encik Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan Encik Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Puan Wan Zaleha Abdul Wahab.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu bermula 10 September 2020.

Sementara itu, seorang wanita ahli keluarga tertuduh "bertindak biadap" dengan menghalang wartawan merakam gambar tertuduh selepas prosiding selesai.

Malah, tertuduh turut memaki hamun wartawan, sebelum ditenteramkan oleh polis mahkamah.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank