Krisis rumahtangga bekas superstar bolasepak Malaysia

TANGISAN HATI YANG MENDERITA

Isteri kepada bekas pemain bola sepak Safee Sali, Fitria Elfina Maharip, 44, sebak ketika ditemui media ketika hadir bagi proses Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. (Gambar oleh AZIAH AZMEE untuk Harian Metro)

Semalam, akhbar harian Bahasa Melayu bersaiz kecil yang popular, Harian Metro, memberi bayangan bahawa krisis rumahtangga yang melanda bekas superstar sukan bolasepak Malaysia sedang berada di ambang penyelesaian.

"Sudah sebulan lebih saya tak boleh berkomunikasi dengan anak saya.

"Saya pun tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini," Puan Fitria Elfina Maharip, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Encik Mohd Safee Mohd Sali, 40, dipetik sebagai berkata.

Dalam nada sebak, Fitria Elfina, 44, berkata, dia amat merindui dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

Katanya, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalkan dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.

"Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

"Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

Anak-anak di sana selalu kena marah oleh "ada orang" di sana

"Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah," katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di Shah Alam, semalam.

Video terbitan Metro TV bertarikh 18 Mac 2024.

Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Encik Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.

Menurut Fitria Elfina, dia nekad memfailkan tuntutan hak penjagaan anak selepas terputus hubungan dengan mereka berdua sejak sebulan lalu.

"Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak.

"Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah," katanya.

Sementara itu, Amir Syazwan berkata, proses sulk yang berlangsung hari ini, tidak berjaya apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

"Hari ini (berlangsung) proses sulk untuk kes hadanah hak penjagaan anak, malangnya sulk tidak berjaya.

"Kita akan terus ke sebutan semula kes tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung 9 Mei ini," katanya enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi hari ini.

Terdahulu, Safee yang memakai baju-T hitam, berpelitup muka dan hidung serta kaca mata hitam dilihat diiringi peguamnya, enggan melayan media apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan tergesa-gesa.

Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 sebelum dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Cik Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank