Artikel ini disiarkan semula kerana tiba-tiba dikunjungi ramai
Mungkin benar mereka kumpulan penyamun, tapi penyamun tidak terhad dalam UMNO sahaja
Ada ramai lagi penyamun
Ada ramai lagi yang layak menjadi ahli Kelab Kluster Mahkamah. Selain tujuh ini, takkan yang lain dalam UMNO sesuci kain putih.
Dalam Bersatu tak ada penyamun?
Dalam PAS tak ada penyamun?
Dalam DAP tak ada penyamun?
Dalam PKR tak ada penyamun?
Dalam Pejuang tak ada penyamun?
Dalam parti politik lain tiada penyamun?
Kalangan penjawat awam tak ada penyamun?
Bezanya, tindakan membanteras penyamun nampaknya lebih berdasarkan kepentingan politik.
Zaman Najib, Lim Guan Eng kena dakwa. Zaman Pakatan Harapan, kes Lim Guan Eng digugurkan.
Zaman Perikatan Nasional, kes Najib Razak diteruskan. Mungkin kebetulan Najib dan Muhyiddin Yassin berseteru. Kes Guan Eng dibuka semula.
Tapi kes lain seperti kes Musa Aman, Tengku Adnan Tengku Mansor dan lain-lain lepas pulak.
Yang sokong kerajaan selamat. Seteru politik kena.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
Jika benar, ada lagi penyamun lain yang dikecualikan dari didakwa, atau terlepas dari dakwaan.
Kalau begini keadaan kaedah pencegahan rasuah, sampai bila-bila rasuah akan terus berleluasa di negara ini.
Jangan sampai lahir pengganas dan pengebom berani mati yang guna undang-undang sendiri membanteras rasuah.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara