Uyarkalvi Latchiya Payanam

Kelmarin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin menghadiri Karnival Hala Tuju Uyarkalvi Latchiya Payanam 2022.

Karnival peringkat Negeri Pahang ini dianjurkan oleh Pemuda MIC Kebangsaan dan Pemuda MIC Negeri Pahang bersama Biro MIC Negeri Pahang berlangsung di Dewan UMNO Bahagian Temerloh dengan jayanya.

Menurut Mohd Sharkar, matlamat utama program ini adalah bagi memberi penerangan serta pendedahan kepada pelajar lepasan SPM dalam hal ehwal pendidikan bagi menuju tahap seterusnya.

"Sukarelawan dari kalangan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaysia Pahang dipanggil bagi menjadi agen kaunseling kepada anak-anak muda ini," katanya.

SRJK (Tamil) Ladang Mentakab, SMK Bukit Cermin dan SK Bukit Cermin

Terdahulu, Mohd Sharkar Shamsudin merasmikan tiga mesyuarat agung PIBG di SRJK (Tamil) Ladang Mentakab dan perasmian bersama PIBG SMK Bukit Cermin dan SK Bukit Cermin.

Mengenai SRJK (T) Ladang Mentakab, beliau mencadangkan sekolah itu dipindah ke kawasan bandar agar tidak lagi murid-murid terpaksa bersekolah melalui kampung dan ladang untuk sampai ke sekolah.

Bagi Mesyuarat PIBG SMK Bukit Cermin dan SK Bukit Cermin, buat pertama kali digabungkan dua sekolah dirasmikan serentak. 

Menurut Mohd Sharkar, kebanyakan penjaga yang anak mereka bersekolah di sekolah rendah terdapat juga anak-anak mereka yang lain bersekolah di sekolah menengah. 

Apa yang nyata, masyarakat India di Temerloh kelihatan selesa dengan Barisan Nasional (BN) dalam konteks memilih wakil rakyat.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia