ROYALTI RM30 JUTA UNTUK RAMAI PENYANYI LESAP?

 Artis dan penyanyi ramai yang susah sekarang

Karyawan dan penyanyi desak Sheila Majid letak jawatan

Penyanyi Farahdiya (kiri) dan Khadijah Ibrahim (Gambar Malaysiakini)

MEDIA melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis pada 25 November 2020 bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Siasatan SPRM ini berkaitan isu royalti RM30 juta untuk artis yang dikhuatiri lesap dan didakwa tidak dibayar kepada pihak yang sepatutnya.

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim mendakwa dia hanya menerima beberapa ratus ringgit saja duit royalti daripada sebuah badan kutipan.

“Sehingga sekarang, 20 tahun selepas Akta Hak Cipta dipinda untuk memberi hak kepada artis saya hanya dapat beratus ringgit sahaja royalti,” Khadijah dipetik Malaysiakini sebagai berkata.

Atas alasan itu, penyanyi yang lebih dikenali sebagai Kathy itu menyatakan sokongan jika diwujudkan badan kutipan tunggal bagi mengelak timbul kekeliruan atau wujud kelemahan dalam sistem pengurusan.

“Sudah tiba masanya hanya satu badan diwujudkan untuk memperjuangkan hak royalti artis. Saya menyokong penuh usaha untuk kembalikan Music Rights Malaysia (MRM) sebagai badan tunggal yang mengutip royalti.

“Semuanya berjalan lancar sebelum ni. Saya berharap kerajaan tidak akan membenarkan orang tertentu yang tamak untuk musnahkan satu sistem yang baik, telah dibuktikan sebelum ini.

“Kerajaan dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) harus tegas dalam hal ini,” kata Khadijah yang turut menyokong penuh usaha presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez untuk menyelesaikan masalah royalti artis.

Untuk rekod, MRM diwujudkan hasil gabungan empat badan pelesenan muzik bagi mencari kaedah baru untuk menentukan pengagihan royalti muzik dilaksanakan secara telus, adil dan saksama.

Berkuatkuasa 1 Januari 2019, MRM diwujudkan hasil gabungan MACP, PPM, RPM dan PRISM.

Badan itu dibubarkan awal Julai tahun ini atas alasan tidak dapat berfungsi sebagai badan pelesenan muzik kolektif akibat cabaran yang tidak dapat diatasi dalam mendapatkan kata sepakat antara badan pelesenan mengenai hal operasi.

Seorang lagi penyanyi, Farahdhiya mendakwa sejak menceburi bidang seni suara 16 tahun lalu, baru sekali dia dapat merasa duit royalti hasil titik peluhnya.

Justeru, kata penyanyi itu, sudah sampai masanya pihak bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian untuk melunaskan hak-hak penyanyi berhubung isu royalti yang ketika ini masih berpanjangan.

Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ni baru sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi. Ya, sekali sahaja dalam 16 tahun.

"Sila kembalikan hak hak kami semua kepada yang berkenaan. Semoga ada penyelesaian untuk kami semua. Sudah tiba masanya,” katanya di media sosial.

Farahdhiya, 36, juga merupakan seorang pelakon.

Pemilik nama penuh Farahdhiya Mohd Amin itu berkata, dia sebelum ini pernah menghubungi individu dalam sebuah syarikat yang menguruskan kutipan royalti hak cipta lagu untuk bertanyakan haknya, namun gagal menemui penyelesaian.

“Ada juga saya mesej bertanya kepada dia tapi tak berjawab. Bila nak panggil mesyuarat untuk dapat sokongan atau isi borang, pandai pula dia cari kita,” katanya.

Datuk Shiela Majid (Gambar Berita Harian)

Karyawan dan penyanyi desak Sheila Majid letak jawatan

Dalam perkembangan berkaitan, presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menggesa penyanyi, Datuk Sheila Majid meletakkan jawatan sebagai pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).

Freddie berkata, penyanyi itu tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai pengerusi RPM, hingga menyebabkan isu pengagihan royalti tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.

"Persatuan Karyawan Malaysia akan mengadakan satu sidang akhbar, Isnin ini. Artis terkenal seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Ito, Rafi Suhu dan ramai lagi akan bersama saya untuk mendesak Sheila meletakkan jawatan sebagai pengerusi RPM.

"Ia supaya orang lain diberi peluang menjalankan tugas berat ini dalam menentukan royalti berjumlah lebih RM20 juta dan bahagian artis daripada RM140 juta yang diagihkan kepada ahli mendaftar dengan RPM dan Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) Bhd. Malangnya, PRISM sudah menutup operasi, tahun lepas," Freddie dipetik Berita Harian sebagai berkata.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez gesa Datuk Sheila Majid letak jawatan bagi memberi peluang kepada orang lain menjalankan tugas dengan baik. - Foto NSTP
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez (Gambar Berita Harian)

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menggesa Datuk Sheila Majid meletak jawatan bagi memberi peluang kepada orang lain menjalankan tugas dengan baik.

Mengulas lebih lanjut, Freddie berkata, Sheila sudah dipilih menerajui RPM oleh syarikat rakaman dan bukannya artis yang juga ahli kepada badan itu.

"Kebanyakan artis bergantung kepada industri muzik untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian dan ramai berada dalam keadaan kewangan yang kritikal.

"Sheila perlu tahu artis amat memerlukan wang meneruskan kelangsungan hidup. Atas kegagalan menjalankan tugas, beliau harus meletakkan jawatan sebagai pengerusi RPM supaya orang yang lebih layak diberi peluang mengambil alih tanggungjawab ini.

"Jika tidak, beliau akan dilihat bukan sahaja sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna, malah seorang yang mementingkan diri tanpa memikirkan kebajikan ahli yang kebanyakannya berada dalam keadaan susah sekarang ini," katanya.

Sehubungan itu, Karyawan berharap, sidang media yang akan diadakan Isnin ini dapat membuatkan Sheila mengambil langkah yang sepatutnya.

Operasi SPRM dijalankan berdasarkan laporan dibuat oleh Freddie yang merupakan Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki bulan lalu.

Kata Freddie, langkah membawa perkara itu kepada SPRM adalah pilihan terakhir Karyawan untuk menyelesaikan kemelut royalti artis yang berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu.


oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar