MAT SABU TETAP HORMATI HADI SEBAGAI PEMBIMBING

Abdul Hadi Awang (kiri) dan Mohamad Sabu

PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu berkata, walaupun haluan politik mereka kini berbeza, “penghormatan terhadap beliau (presiden PAS Abdul Hadi Awang) tidak pernah hilang sebagai seorang ulama yang dijelmakan di dalam PAS sejak sekian lama”.

Bekas menteri pertahanan itu berkata beliau menanti Presiden PAS Abdul Hadi Awang menafikan ada menulis surat kontroversi buat pemimpin gerakan Islam di selulruh dunia.


Mohamad, yang pernah menjadi timbalan Hadi sebelum keluar parti dan menubuhkan Amanah, berasa yakin surat berbahasa Arab itu bukan tulisan Hadi.

“Secara peribadi, saya berkeyakinan bahawa surat tersebut bukanlah tulisan beliau.

“Ini kerana beliau adalah seorang ulama yang telah membimbing saya ketika dalam PAS sebelum ini,” katanya.

Surat bertarikh 22 Mac kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.


Ia mengandungi beberapa dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH), selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Amanah antara yang disebut dalam surat itu dengan dakwaan mendapat sokongan barat daripada aspek strategi, media dan kewangan.

Dalam kenyataan hari ini, Mohamad berkata jika surat itu benar, akan memberi kesan besar kepada status penulisnya sebagai seorang ulama.

Tanpa merujuk secara khusus, Mohamad menyifatkan surat itu berunsur fitnah.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank