AGONG BIKIN GEMPAR LAGI

Kisah Raja Malaysia Bahasa Melayu
Yang di-Pertuan Agong bantu mangsa kemalangan


BELUM reda ketularan berita Yang di-Pertuan Agong beratur sendiri membeli ayam goreng KFC di Temerloh, hari ini, Rabu 26 Jun 2019, rakyat dikejutkan sekali lagi apabila baginda sendiri turun kereta membantu mangsa kemalangan jalanraya ketika di dalam perjalanan ke Putrajaya.

Menurut sumber, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah menuju ke Putrajaya untuk menerima perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengadap di Istana Melawati berkaitan rutin kerja rasmi pra-mesyuarat kabinet.


Secara sahihnya, insiden ini sekali lagi membuktikan baginda seorang raja yang sentiasa bertakhta di hati rakyat.

Menurut sumber yang sudah lama rapat dengan Al Sultan Abdullah, baginda secara peribadi dan semula jadi banyak mewarisi sifat ayahandanya yang selalu merendah diri dan suka membantu insan-insan yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik.

Ketika baginda masih muda sebagai Tengku Mahkota Pahang, pernah diberitakan seorang lelaki tua terjatuh dan separuh pengsan ketika mengayuh basikal di bandar diraja Pekan. Baginda yang secara kebetulan memandu sendiri terus berhenti, lalu mendukung orang tua itu dan menghantar sendiri mangsa ke Hospital Besar Pekan.


Dalam satu lagi kejadian, ketika dalam perjalanan ke Jabatan Perhilitan Temerloh (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Mergastua) dari Pekan, baginda yang masih muda remaja ketika itu merasa bosan dan meminta pemandunya duduk di sebelah kerana baginda sendiri ingin memandu kenderaan rasmi tersebut.

Sesampai di Jabatan Mergastua Jalan Sungai Rabit Temerloh, sekumpulan pegawai yang sudah bersedia menunggu ketibaan baginda, secara tidak sengaja telah tersalah sambut, kerana menyangka pemandu yang duduk di sebelah adalah Tengku Mahkota Pahang!



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

  1. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank