KHOO KAY KIM MENINGGAL DUNIA

Berita Kematian Bahasa Melayu
Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia

Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim
...satu kehilangan besar kepada negara


TOKOH sejarah dan budayawan terkemuka Malaysia, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia pagi ini pada usia 82 tahun.

Anak Kay Khim, Eddin Khoo mengesahkan kematian bapanya. Beliau berkata satu kenyataan berhubung khabar yang menyedihkan ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sementara itu, anak kedua Kay Kim, Rubin Khoo, 47, dipetik Bernama sebagai berkata, ayahnya meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Maĺaya (PPUM) di Kuala Lumpur, pada atau lebih kurang jam 10.13 pagi tadi.


Menurutnya, Khoo pernah menjalani pembedahan pintasan Oktober tahun lalu, namun sejak itu keadaan kesihatannya semakin merosot.

Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri, Rathi Khoo, 75, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara  selepas tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.



oleh Fauzi Ķadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Hak Cipta Terpeĺihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor