Posts

Laungan Solidariti Bera Bergema Di Mahkamah

Image
SOLIDARITI BERA SAMBUT KETIBAAN ISMAIL SABRI DI MAHKAMAH Ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terutama dari UMNO Bahagian Bera, Pahang, telah berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk memberikan sokongan moral susulan pendakwaan yang dihadapi beliau. Media melaporkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bekas perdana menteri itu didakwa tidak mendedahkan pelbagai asetnya yang bernilai jutaan ringgit, termasuk jongkong emas dan jongkong perak serta syiling emas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu. Video terbitan KiniTV siaran hari ini. Ahli Parlimen Bera, Pahang itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Puan Suzana Husin. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan penyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 7 Februari 2025...

Hari Ini Dalam Sejarah— Tiga Bekas PM Malaysia Hadir Serentak Di Mahkamah

Image
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan apabila tiga bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bagi menghadapi prosiding mahkamah dalam kes berasingan. Najib menghadiri perbicaraan pendengaran kes saman sivil AS$5.64 bilion difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya terhadap beliau dan beberapa individu lain. Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Redzuan Idrus dijangka diteruskan dengan keterangan saksi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Writ saman itu antara lain mendakwa 1MDB menuduh Najib selaku defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan statutori, menyalahgunakan kuasa dan berkonspirasi untuk menyeleweng dana 1MDB. Di Mahkamah Tinggi berasingan, Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menghadiri perbicaraan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan ...

Kisah Seorang Penari Berbakat

Image
Ini dia... Tonton Video👇   Tekan lama, kemudian tekan Open 👇 https://www.facebook.com/share/v/1H997oipmk/ Video terbitan MalaysiaNow siaran semalam End © Permadu Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang Penolong Pengarang Jamaliah Mohd Salleh Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG © 2026 Permadu Malaysia  Semua Hak Cipta Terpelihara E-mel: permadu@gmail.com DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami. Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sum bangan seikhlas hati dari...

Salah Laku Pegawai Penyiasat Polis, Isteri Orang Kena Tahan Boleh Cetus Konflik Kepentingan

Image
Di  Kelantan, Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku dengan seorang isteri orang kena tahan (OKT) bersabit dadah, digantung tugas sementara, lapor akhbar Sinar Harian semalam. Akhbar itu memetik Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohd Khalid Ismail sebagai berkata, ia bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan telus dan sempurna selepas pihaknya menerima aduan berhubung salah laku pegawai berkenaan. Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang. "Kita dah ambil tindakan supaya gantung sementara penugasan beliau (pegawai penyiasat) sehingga siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. "Kita telah mengambil tindakan dengan melakukan siasatan dan beberapa tindakan untuk mengambil kenyataan mereka yang berkaitan telah pun dibuat," katanya semasa sidang akhbar semalam, Rabu 26 Ogos 2026. Sebelum itu, KPN mengadakan tin...