Ramai terkilan pemimpin lantang hilang kelayakan bertanding PRN Negeri Sembilan

Aktivis politik popular dari Negeri Sembilan yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri DAP Encik Anthony Loke Siew Fook, Encik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dilaporkan hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang selepas dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, semalam.

Peguamnya, Encik Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan mahkamah itu menyebabkan anak guamnya hilang kelayakan sebagai calon berikutan peruntukan di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita meminta supaya Chegubard tidak dipenjarakan dan Alhamdulillah, mahkamah membenarkannya.

"Sebenarnya, kami turut memohon supaya denda itu tidak melebihi RM2,000.

"Ini kerana di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana warganegara yang ingin bertanding dalam pilihan raya Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akan hilang kelayakan jika dikenakan denda RM2,000 atau ke atas.

"Kami sudah maklumkan secara terbuka kepada mahkamah pada 18 Julai ini, Chegubard sepatutnya diberikan amanah oleh Parti Wawasan Negara (WAWASAN), untuk bertanding, tetapi dengan denda RM5,000 ini, dia tidak boleh bertanding.

"Bagaimanapun, kami akur dan menghormati keputusan mahkamah," lapor Harian Metro yang memetik Muhammad Rafique sebagai berkata ketika ditemui wartawan akhbar itu selepas prosiding semalam.

Muhammad Rafique berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dalam masa terdekat.

"Saya percaya kami mempunyai kes yang cukup kuat untuk rayuan dan kami mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia supaya rayuan Chegubard kelak dibenarkan di Mahkamah Tinggi," katanya.

Semalam, Chegubard, 48, didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, selepas didapati bersalah atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut, dua tahun lalu.

Hakim Puan Rasidah Roslee menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?