PRN Johor "Training Ground" Untuk Bersama Yang Berusia 52 Hari
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Kenyataan media sebentar tadi oleh Datuk Seri Rafizi Ramli sejurus selepas menerima keputusan kekalahan semua 15 calon Bersama tahap hilang deposit dalam PRN Johor pada Sabtu, 11 Julai 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment