Kritikan semberono Anwar disangkal, dijawab dengan fakta

Dakwaan kononnya kerajaan Johor gagal menyediakan kemudahan rumah mampu milik untuk rakyatnya sepanjang tempoh penggal yang lalu ini adalah tidak tepat dan tidak bersandar kepada fakta sebenar.

Sebaliknya, bekas EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, sejak 2022 hingga suku pertama tahun ini, sebanyak 21,412 unit rumah mampu milik sudah disiapkan.

"Tapi kalau nak cakap pasal rumah di Johor, biarlah cakap dengan fakta yang betul dan lengkap. Saya rasa maklumat PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini langsung tak tepat.

"Fakta yang betul ialah sejak 2022 sehingga Q1 2026, kita sudah berjaya siapkan dan serah kunci 21,412 unit rumah mampu milik di Johor. Yang berharga serendah RM42,000, RM50,000 bagi mereka gaji RM4,000 dan ke bawah, RM100,000 bagi mereka yang gaji RM6,000 dan ke bawah.

"RM150,000 bagi mereka yang RM8,000 dan ke bawah. Bagi yang gaji RM10,000 boleh mohon rumah mampu milik yang berharga RM300,000 dan ke bawah, mengikut kemampuan bangsa Johor," akhbar Harian Metro kelmarin, Isnin 6 Julai 2026, memetik Mohd Jafni sebagai berkata menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada Ahad, 5 Julai, ketika berkempen di Batu Pahat, mendakwa harga rumah yang mahal di Johor berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik untuk rakyat.

Mengulas lanjut, Mohd Jafni menjelaskan, di Johor kini sedang dibangunkan satu projek perumahan rakyat yang terbesar iaitu Perumahan Iskandar Puteri Bangsa Johor berjumlah 2,600 unit di dalam kawasan Kota Iskandar.

"Harga rumah ini berharga RM150,000, RM250,000, RM300,000 'landed', sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi, tiga bilik dan dua bilik air. Projek ini tengah berjalan pun di Kota Iskandar.

"Bukan saja di dalam bandar, kita buat rumah mampu milik di Mersing, Kota Tinggi, Pontian, di luar daerah-daerah kecil pun kita buat rumah mampu milik," katanya.

Tahun ini, beliau berkata, ada lagi 8,000 unit rumah mampu milik akan disiapkan.

"Jadi, janganlah gambarkan seolah-olah Johor ini tak sediakan rumah mampu milik. Tak betul itu dan maklumat itu tak tepat.

"Nanti bolehlah tanya orang-orang Johor yang sudah pun memiliki kunci rumah mampu milik yang 21,000 unit rumah ini," katanya seperti dipetik akhbar Bahasa Melayu popular itu.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara