Kegagalan Madani pulangkan RM2.8b boleh mencetuskan rasa terkilan rakyat Pulau Pinang

Portal berita terkenal Malaysiakini melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bagan, Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya mengembalikan segera kekurangan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pulau Pinang yang berjumlah RM2.8 bilion bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025.

Kata Penasihat DAP itu, tindakan tersebut perlu bagi memastikan hak kesamarataan di bawah undang-undang dipatuhi serta mengelakkan rakyat negeri itu daripada terus dirugikan berbanding sumbangan kewangan yang telah diberikan.

“Bagi membalas sokongan padu 1.8 juta rakyat Pulau Pinang kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Madani, Anwar sepatutnya memulangkan serta-merta kekurangan peruntukan sebanyak RM2.8 bilion bagi tempoh tiga tahun dari 2023 hingga 2025.

“Kegagalan berbuat demikian akan mencetuskan rasa terkilan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang bahawa sokongan mereka kepada Anwar dan kerajaan perpaduan tidak dihargai serta diambil mudah,” kata bekas Menteri Kewangan itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Lim berkata demikian ketika mengulas pembentangan purata sumbangan negeri-negeri di Semenanjung kepada kerajaan Persekutuan serta jumlah peruntukan yang diterima kembali bagi tempoh 2023 hingga 2025 oleh Anwar di Dewan Rakyat semalam.

Anwar semalam, menegaskan, hampir semua negeri menerima peruntukan kerajaan Persekutuan lebih tinggi berbanding hasil cukai disumbangkan kecuali Selangor dan Pulau Pinang yang mencatat kutipan hasil lebih besar.

Katanya, agihan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, sekali gus menolak dakwaan kononnya terdapat negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan.

Lim seterusnya menyenaraikan sumbangan yang diterima oleh Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah serta jumlah peruntukan yang diterima oleh negeri-negeri berkenaan.

Selangor: Sumbangan RM43.6 bilion, terima RM15 bilion; Johor: Sumbangan RM14 bilion, terima RM16 bilion; Pulau Pinang: Sumbangan RM10.7 bilion, terima RM7.9 bilion; dan KedahSumbangan RM3.7 bilion, terima RM9.5 billion.

Mengulas lanjut, pemimpin DAP itu menegaskan bahawa tiada justifikasi untuk Pulau Pinang menerima peruntukan yang lebih rendah daripada Kedah, memandangkan negeri itu memberikan sumbangan yang jauh lebih besar.

Malah, katanya, Kedah yang merupakan negeri di bawah kawalan pembangkang menerima RM9.5 bilion berbanding Pulau Pinang yang hanya menerima RM7.9 bilion.

Justeru, kata Lim, pemulangan dana sebanyak RM2.8 bilion kepada Pulau Pinang adalah wajar.

Formula Keadilan

Sebagai langkah jangka panjang, Lim turut meminta perdana menteri merangka satu formula keadilan untuk semua bagi memastikan pengagihan peruntukan pada masa hadapan adalah saksama dan Pulau Pinang tidak lagi dipinggirkan berbanding negeri-negeri lain.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu