Serangan Puad Zarkashi Menjelang PRN Bermula
ITULAH UMNO
Puad Jawab Asyraf, Akan Dedah Ramai Anak-Isteri Pemimpin UMNO Dapat Jawatan Dalam GLC
1. Dr. Puad Zarkashi menafikan dakwaan Asyraf Wajdi Dusuki bahawa beliau keluar parti kerana anaknya tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya mendakwa UMNO Johor tidak bebas dan terikat dengan pihak tertentu.
2. Beliau mempersoalkan rasional pemilihan Pn Alwiyah Talib, 64 tahun, sebagai calon BN DUN Endau dalam tempoh kurang sebulan selepas meninggalkan Bersatu untuk menyertai UMNO semula.
3. Puad mengkritik tindakan parti menolak calon anak muda seperti Ketua Puteri Johor dan Ketua Pemuda Mersing demi memberi laluan kepada calon veteran.
4. Beliau menyifatkan pengguguran saat akhir bekas ADUN Tiram untuk digantikan dengan Senator 64 tahun sebagai satu bentuk kronisme.
5. Tindakan protes atau 'kamikaze' yang dilakukan beliau adalah bertujuan untuk menyedarkan pemimpin terhadap sistem pemilihan calon yang menjadikan parti seolah-olah milik eksklusif.
6. Puad mempertahankan tindakannya mencadangkan anak sendiri yang telah dilatih sebagai calon dan membandingkannya dengan situasi anak perempuan Ketua Bahagian Ledang yang dibenarkan bertanding di Serom.
7. Beliau memberi amaran akan mendedahkan isu berhubung pelantikan ahli keluarga pemimpin UMNO Ibu Pejabat ke dalam jawatan GLC pada hantaran yang akan datang.
KAMU DAPAT APA?
Dipetik Dan diolah dari hantaran Jason Yew di Facebook sebentar tadi.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment