Semusim Menikmati Durian Murah?
Penggemar durian sedang merasa seronok kerana harga Raja Buah akan kekal rendah mulai sekarang hingga Ogos.
Ini disebabkan oleh lambakan berlebihan jualan buah itu, membawa kepada situasi yang dikenali sebagai "tsunami durian" di mana lebihan bekalan di pasaran menyebabkan harga jatuh.
Ditemu bual oleh akhbar harian Bahasa Inggeris The Star, Eksekutif Pentadbiran Puan Lim Mei Ling, 34, berkata penurunan harga adalah satu kejutan yang dialu-alukan.
"Biasanya, saya akan berfikir dua kali sebelum membeli Musang King. Tetapi sekarang, saya boleh menikmati durian premium ini dan menyimpan sebahagiannya untuk dimakan kemudian," katanya.
Jurutera Encik Kelvin Tan, 41, berkata, dia melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub bersama beberapa rakan untuk memanfaatkan harga yang lebih rendah.
"Rasanya satu peluang yang jarang untuk menikmati Musang King tanpa membayar harga kayangan," katanya.
Jumlah buah durian yang berlebihan dihasilkan di beberapa negeri telah menimbulkan kelebihan dengan harga Musang King dilaporkan jatuh serendah RM9 sekilogram.
Tetapi pemain industri berkata kemerosotan paling ketara sebahagian besarnya menjejaskan buah-buahan gred rendah dan bukannya hasil berkualiti premium untuk eksport.
Akhbar yang juga merupakan portal berita itu turut mendapatkan pandangan Presiden Persatuan Pengeluar Durian Encik Eric Chan, di mana Chan berkata musim sekarang menyaksikan jumlah besar durian dari Perak, Pulau Pinang dan Johor memasuki pasaran secara serentak.
Durian reject untuk eksport
"Penurunan harga disebabkan oleh banyak buah-buahan yang tidak memenuhi keperluan eksport, terutamanya untuk China," katanya.
Chan menyifatkan keadaan itu sebagai pembetulan pasaran semula jadi selepas sedekad berkembang dalam industri.
"Sejak 10 tahun lalu, harga telah meningkat. Dalam setiap sektor komoditi, akhirnya akan ada tempoh penstrukturan dan penyatuan apabila rantaian bekalan semakin matang," katanya.
Pemilik dusun durian Encik Stephen Chow pula berkata buah-buahan gred eksport kekal terlindung daripada kejatuhan harga.
"Buah-buahan gred A dan AB yang layak untuk dieksport masih dijual pada harga RM30 hingga RM40 sekilogram. Kesan terbesar ialah pada Gred C dan buah-buahan yang lebih kecil," katanya.
Lambakan berlebihan itu telah mendorong banyak penanam untuk meneroka cara alternatif bagi tujuan menjangkau pengguna, termasuk penstriman langsung TikTok, jualan langsung, lawatan ke dusun durian dan hidangan bufet durian.
“Banyak dusun di Bentong dan Raub membuka pintu kepada pengunjung,” kata Chow. "Orang ramai datang bukan sahaja untuk durian tetapi juga untuk pengalaman melihat sendiri."
Setiausaha Agung Persatuan Peladang Buah-buahan Johor Encik Melvin Long memberitahu akhbar itu bahawa keluasan kawasan tanaman durian di Malaysia telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan banyak pokok yang ditanam antara 2015 dan 2020 kini mencapai pengeluaran penuh.
“Banyak negeri pengeluar sedang mengutip buah-buah durian yang ranum sedang gugur serentak pada ketika yang sama dan keadaan cuaca pula menggalakkan, menyebabkan sejumlah besar durian memasuki pasaran dalam tempoh yang singkat.
“Walaupun terdapat lebihan bekalan, Musang King berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian eksport dan mempunyai penjenamaan kukuh akan kekal dalam segmen premium,” katanya.
Pemain industri menjangkakan harga akan terus kekal rendah yang sudah tentu memberi tekanan kepada pengeluar di sepanjang musim dari Jun hingga Ogos ini sebelum pulih secara beransur-ansur.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment