Selepas Hassan Karim, Anwar pula perjelas peruntukan persekutuan kepada Johor

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang lebih tinggi kepada Johor berbanding hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada Persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Persekutuan menyalurkan semula RM16 bilion kepada Johor melalui pelbagai projek pembangunan, peruntukan pengurusan dan program berkaitan.

"Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, hasil Persekutuan yang dikutip dari Johor bagi 2023 hingga 2025 berjumlah RM14 bilion.

"Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Tangkak, Johor malam tadi, yang dipetik oleh penyedia berita yang dikawal kerajaan itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, fakta itu perlu dijelaskan bagi memberikan gambaran sebenar tentang komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Johor.

Beliau turut memberikan perbandingan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor di bawah kerajaan terdahulu dengan Kerajaan Madani ketika ini.

Perdana Menteri berkata peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor ketika pentadbiran terdahulu berada pada kadar kira-kira RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun.

Jumlah itu, katanya, meningkat kepada RM8.7 bilion di bawah Kerajaan Madani.

Anwar berkata, peningkatan peruntukan berkenaan jelas membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diberi keutamaan.

Menerusi data yang dibentangkan Anwar, bagi 2026, Johor disenaraikan sebagai penerima peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) ketiga terbesar di negara ini selepas Sabah dan Sarawak.

Peruntukan OE kepada Johor meningkat daripada RM7 bilion pada 2022 kepada RM8.7 bilion pada 2026, manakala DE meningkat daripada RM2.3 bilion kepada RM4.8 bilion dalam tempoh sama.

Selain itu, Johor turut direkodkan sebagai negeri kedua terbesar menerima bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selepas Selangor. 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu