Restoran Selera NFA

NFA Bukan Luar Jangkaan, kata A Kadir Jasin

1. Langkah Pejabat Peguam Negara (AGC) men"NFA"kan aduan ugutan jenayah ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, tidaklah memeranjatkan.

2. Bagi Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, apalah sangat tidak melanjut tindakan terhadap aduan Albert Tei itu, kalau 47 kes prima facie terhadap Ahmad Zahid Hamidi pun boleh di"NFA"kan.

3. Kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan duit haram yang satu dunia tahu pun boleh di"NFA"kan, ini kan pula siasatan ke atas dakwaan seorang ahli perniagaan yang hasilnya orang ramai tidak tahu.

4. Dalam kenyataan media hari ini, AGC berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh ke atas kertas siasatan (IP) berhubung aduan Albert Tei yang mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah tidak dapat dibuktikan.

5. Tambah kenyataan itu, AGC sudah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung aduan Albert Tei bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

6. Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan.

7. Dalam hal ini, orang ramai kena insaf keistimewaan Azam kepada pemerintahan Madani. Beliau umpama ayam tambatan. 

8. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sendiri secara konsisten memuji keberanian, ketegasan, dan rekod prestasi beliau. Jadi, tindakan AGC tidak meneruskan kes berkaitan beliau adalah konsisten dengan pendirian Kerajaan Madani. 

9. Walaupun sudah bersara, Azam masih berpengaruh, digeruni dan berdaya mengambil tindakan sivil seperti yang beliau kemukakan terhadap Tei. 

10. Sebagai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, beliau tentunya mempunyai banyak maklumat sulit mengenai ramai orang penting dalam dan luar kerajaan.

Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau hari ini, Rabu 10 Jun 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia