Profesor Melayu masuk DAP—Imej intelek bertukar menjadi berat sebelah
Pusing-pusing cerita, rupanya orang yang tuduh UMNO rasis kerana tidak mahu bersama DAP dalam PRN Johor ini sendiri pernah masuk DAP, kata seorang penyokong kuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Penyokong kuat ini menambah: Dulu DAP bangga umum “lagi intelek Melayu masuk DAP”.
Sekarang intelek sama pula kata UMNO rasis bila UMNO Johor mahu bergerak sendiri tanpa DAP. Ini bukan analisis bebas. Ini lebih nampak macam bekas orang DAP marah sebab UMNO tak mahu ikut skrip DAP, kata Eric See-To - Lim Sian See yang aktif menulis di Facebook semalam.
"DAP itu parti politik, bukan kaum. Tolak DAP bukan rasis. Kalau tolak DAP dikira rasis, maka DAP yang puluhan tahun tolak UMNO, MCA, MIC, dan PAS itu pula apa?" soalnya.
"Tolak Melayu, tolak Cina, tolak India dan tolak Islam? Sudah tentu bukan.
"Jadi, jangan guna gelaran akademik untuk bungkus propaganda politik. Nampak intelek, tapi hujah bocor," katanya.
"Intelek jenis apa yang boleh membuat kesimpulan bahawa tolak DAP bermaksud tolak Cina?"
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment