Isu Agong tolak darurat: Peguam fail rayuan di Mahkamah Persekutuan

Peguam Tuan Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran merayu berkaitan semakan kehakimannya berhubung keputusan bekas Yang di-Pertuan Agong yang tidak bertindak atas nasihat perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat, lima tahun lepas.

Menurut laporan agensi berita rasmi negara Bernama, beliau berkata notis usul itu difailkan pada Jumaat lepas melalui firma guaman Messrs R. Kengadharan & Co.

Pada 4 Mei tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian dan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab menolak rayuan Syed Iskandar. Syed Iskandar sebelum ini memfailkan saman pemula pada 2020, memohon untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Beliau menamakan Kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan.

Pada 15 Februari 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula difailkan Syed Iskandar, antara lain memohon mahkamah menentukan sama ada di bawah Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menolak pengisytiharan Darurat walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Sequerah berkata Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa perkara berkenaan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mahkamah.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?