Bertambah satu lagi parti Melayu yang sudah berderet dan berpecah-belah

Hamzah dijangka umum parti baharu

Menjelang sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 22 Jun ini, penyokong Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka berhimpun dalam satu “persidangan” bagi menentukan hala tuju politik baharunya.

Menurut laporan portal berita Malaysiakini yang memetik beberapa sumber dipercayai mengetahui perkara itu, lebih 1,000 peserta yang mewakili “153 bahagian” dijangka menghadiri persidangan “Reset” yang akan diadakan di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu, 13 Jun.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan, menganggarkan jumlah kehadiran lebih tinggi, iaitu sekitar 10,000 orang.

"Di konvensyen ini kita akan umumkan bahawa Reset adalah satu gerakan rakyat berbilang bangsa yang berkongsi matlamat yang sama, iaitu mahukan negara kita ini berkongsi kemakmuran secara adil dan membentuk tadbir urus yang berperikemanusiaan di Malaysia.

"Saya juga jangka dalam ucapan kemuncak Datuk Seri Hamzah Zainuddin nanti, beliau akan mengumumkan halatuju politik, terutama berkaitan dengan penyertaan Gerakan Reset ke dalam parti politik,” kata bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu.

Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memberi bayangan bahawa pengumuman mengenai sebuah parti politik baharu untuk menghadapi pilihan raya akan dilakukan semasa atau tidak lama selepas persidangan tersebut.

“Kami semua menyokong Hamzah. Keahlian dalam parti baru itu hanya akan diumumkan selepas pengumuman rasmi mengenai penubuhan parti berkenaan,” Saifuddin dipetik sebagai berkata kepada portal berkenaan.

Hamzah melancarkan gerakan “Reset” pada 14 Febriari lalu bersama beberapa ahli parlimen dan penyokong akar umbi, sehari selepas dia dipecat dan keahliannya digugurkan daripada Bersatu.

Dia juga menyatakan kesediaannya untuk memimpin gerakan itu berasaskan satu konsensus nasional baru.

Menjelang sidang Dewan Rakyat akan datang, Bersatu kini hanya mempunyai enam ahli parlimen iaitu presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), selain Datuk Seri Dr Radzi Jidin (Putrajaya), Encik Suhaimi Abdullah (Langkawi), Encik Nazri Abu Hassan (Merbok), Encik Azman Nasrudin (Padang Serai) dan Encik Ali Biju (Saratok).

Sementara itu, baki 19 ahli parlimen yang dipilih atas keahlian Bersatu di bawah tiket Perikatan Nasional, termasuk Hamzah, Wan Saiful dan Saifuddin, sama ada telah digantung atau dipecat daripada parti.

Tanpa parti baharu, Hamzah yang juga bekas Ketua Pembangkang dan kini duduk bersebelahan Muhyiddin di Dewan Rakyat, akan kembali bersidang sebagai Ahli Parlimen Bebas bersama ahli-ahli parlimen lain yang dipecat.

Pada 6 Jun lalu, Hamzah dilaporkan menafikan laporan bahawa dia bakal mengambil alih Parti Cinta Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai spekulasi semata-mata.

Merujuk laporan Berita Harian, Hamzah dipetik sebagai berkata: “Itu hanya dakwaan mereka,” sebelum enggan mengulas lanjut.

Kenyataan itu dipercayai dibuat sebagai reaksi terhadap laporan akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber parti mengenai rundingan dengan kepimpinan PCM berhubung kemungkinan pengambilalihan parti tersebut dan rancangan meletakkan bekas pemimpin Bersatu sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

Seorang veteran PCM dilaporkan berkata perbincangan masih di peringkat awal, dengan PCM terbuka untuk berunding, manakala Hamzah pada masa sama sedang meneliti beberapa pilihan lain.

Rundingan yang didakwa berlaku itu turut dikaitkan dengan laporan awal media mengenai percubaan untuk mendaftarkan sebuah entiti politik baharu dikenali sebagai Parti Keluarga Malaysia, namun dikatakan gagal.

Di media sosial, poster yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) mengenai sebuah “parti baru” yang dikatakan dipimpin Hamzah turut mencetuskan spekulasi mengenai pengumuman yang bakal dibuat.

Namun, bekas penyampai Radio Bernama, Encik Zulkifli Bujang, yang juga bekas pembantu Hamzah yang kini mengetuai Reset Johor, menafikan kesahihan poster tersebut dan menyifatkannya sebagai “operasi hitam” oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Poster itu palsu, tidak benar,” katanya yang juga bekas ketua bahagian Bersatu Johor Bahru.

Poster berkenaan menamakan Hamzah sebagai presiden bagi “Parti Gagasan Sejahtera Demokratik”, manakala Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee, dinamakan sebagai timbalannya.

Selain logo parti yang dipersoalkan bentuknya, pemerhati turut mendapati imej Hamzah dalam poster itu lebih menyerupai seorang tokoh yang lain, manakala imej Kiandee dianggap paling tepat.

Ketika dihubungi portal berkenaan, Kiandee turut menafikan poster tersebut yang menurutnya telah menjadi bualan dalam kalangan penduduk di kawasan Beluran.

"(Saya) Botak. AI senang copy," katanya sambil ketawa.

Menjelang penamaan calon bagi pilihan raya negeri di Johor dan Negeri Sembilan, Hamzah pada 6 Jun lalu dilaporkan mendakwa dia menjalin kerjasama rapat dengan PAS, walaupun setakat ini PN yang dipimpin Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, masih menolak permohonan kemasukan komponen baru selain parti-parti sedia ada dalam gabungan itu.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?