Adakah Semuanya Sudah Terlambat?


Kalau semuanya sudah terlambat, apa kata orang Melayu marhaen tukar status jadi warga asing. Warga asing pula diberi kerakyatan.
Jom jadi warga asing!

Orang Melayu yang sudah menjadi warga asing tak ada masa hendak komplen itu dan ini kerana sibuk bekerja mencari duit dan belajar bersungguh-sungguh menimba ilmu.

Datuk Ibrahim Ali

Sejarah membuktikan kaum pendatang lebih rajin kerana mereka sedar siapa mereka, akhirnya mereka berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk mendominasi ekonomi sesebuah negara. Bukan di Malaysia sahaja. Terbukti di seluruh dunia.

Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra) mendesak kerajaan agar mencontohi dasar pelarian ketat yang diamalkan oleh Australia bagi membendung masalah lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.

Seperti dilapor portal berita Malaysiakini, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, pintu sempadan negara yang mudah dibolos telah menjadikan Malaysia sebagai "syurga" buat golongan berkenaan susulan masalah rasuah yang didakwa menular dalam kalangan pegawai penguat kuasa.

“Kenapa Thailand dan negara jiran yang lain tidak menjadi sasaran PATI. Sebabnya negara lain tegas dan tiada tolak ansur dengan PATI. Malaysia adalah syurga PATI kerana segala-galanya bocor akibat rasuah dan pemimpin serta pegawai kerajaan ada yang tidak bertangungjawab.

“Sepatutnya kawalan ketat dan tegas di semua sempadan negara saperti yang dilakukan oleh Australia dan Eropah, tidak kira apa status PATI mesti disekat dan halau,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin, Isnin 15 jun 2026.

Bekas timbalan menteri itu turut mencadangkan agar had kemasukan PATI disekat kepada maksimum 200,000 orang sahaja, manakala baki selebihnya perlu diusir dari negara ini tanpa sebarang tolak ansur.

Selain itu, Ibrahim juga menyarankan pelaksanaan tindakan keras termasuk menahan pelarian di pusat tahanan luar pesisir serta memintas mana-mana bot asing di perairan antarabangsa sebelum mereka sempat mendarat di Malaysia.

Langkah radikal yang dicadangkan oleh Putra ini menyusul selepas parti itu mendakwa golongan PATI kini semakin berani melanggar undang-undang tempatan serta menunjukkan sikap biadab terhadap masyarakat watan.

Isu lambakan warga asing dan pelarian, khususnya membabitkan etnik Rohingya, terus menjadi perdebatan hangat dalam landskap sosial dan politik negara sejak kebelakangan ini, dengan pelbagai pihak menuntut pembaharuan segera terhadap sistem pengurusan sempadan negara.

Tan Sri Mohd Khalid Ismail

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini turut melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail sebagai berkata, kira-kira 7,000 hingga 8,000 etnik Rohingya dihantar ke negara ketiga setiap tahun sebelum ini menerusi kerjasama antara kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata proses itu kini terhenti susulan pelbagai kekangan yang dihadapi negara-negara terlibat.

Menurutnya, isu etnik Rohingya merupakan isu antarabangsa yang berpunca daripada situasi politik dan keselamatan di Myanmar, menyebabkan Malaysia menerima kehadiran mereka atas pertimbangan kemanusiaan.

“Malaysia mempunyai kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan beberapa negara yang membolehkan pelarian Rohingya ditempatkan sementara sebelum dihantar ke negara ketiga yang memerlukan tenaga kerja atau khidmat profesional mereka.

“Kebelakangan ini, proses penempatan etnik Rohingya ke negara ketiga berdepan beberapa kekangan hingga menyebabkan pergerakan mereka ke negara berkenaan dilihat terhenti, sekali gus menimbulkan pelbagai isu yang memerlukan perhatian semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat, di Kuala Lumpur, pada Isnin, 15 Jun.

Mohd Khalid berkata selain itu Malaysia turut mengambil kira aspek kemanusiaan dalam menangani isu berkenaan, di samping memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

"Setiap orang yang datang ke negara ini mestilah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Mereka ini tertakluk kepada undang-undang kita. Jika mereka melakukan kesalahan, kita ambil tindakan seperti juga terhadap orang lain yang datang ke negara kita," katanya.

Beliau berkata kira-kira 215,000 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala pihak berkuasa tempatan turut mempunyai rekod mereka dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi memudahkan pemantauan.

"Kita tahu di mana lokasi mereka dan apakah pekerjaan mereka. Jadi jika berlaku sebarang jenayah yang melibatkan mereka, mudah untuk kita mengambil tindakan bila kita tahu lokasi mereka dan sebagainya," katanya.

Mengulas trend jenayah membabitkan komuniti itu, Mohd Khalid berkata penglibatan etnik Rohingya dalam jenayah adalah rendah, dengan 89 individu direkodkan terlibat dalam kes jenayah bagi tempoh 2024 hingga tahun ini iaitu 0.02 peratus daripada keseluruhan statistik jenayah di negara ini.

Sehubungan itu, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam, sambil menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira kewarganegaraan.

Media pada Sabtu lepas melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata kadar penempatan ke negara ketiga oleh UNHCR terlalu rendah bagi pelarian termasuk Rohingya yang mana antara puncanya golongan itu kekal berada di tengah-tengah masyarakat tempatan dalam tempoh yang lama.

Sementara itu, portal berita terkenal itu juga memetik Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar sebagai berkata negeri itu mencatatkan 192 kes membabitkan 300 tangkapan etnik Rohingya antara 2025 hingga Mei 2026 melibatkan jenayah kekerasan serta harta benda.

Shazeli berkata polis sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan yang konsisten dan berterusan serta tidak berdasarkan sentimen semasa.

“Pihak polis sentiasa bekerjasama rapat dengan rakan agensi strategik contohnya Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kita bekerjasama bertukar-tukar maklumat dan melaksanakan operasi bersepadu,” katanya pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, di Shah Alam pada Isnin, 15 Jun.

Datuk Shazeli Kahar

Shazeli berkata tahun lepas sebanyak enam operasi bersepadu telah dilaksanakan di seluruh negeri Selangor dalam menangani isu berkenaan.

Mengulas mengenai isu perobohan penempatan haram, beliau berkata perbincangan perkara berkenaan sedang dilakukan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat agar tindakan lanjut yang lebih konstruktif dapat dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman

 

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri