A Kadir Jasin beri gambaran tinjauan soal selidik Merdeka Center tidak boleh dipercayai

Hasil tinjauan Merdeka Centre bawa mesej: Pilihlah Anwar

Grafik oleh Bernama

1. Firma penyelidikan pasaran dan kajian pendapat awam, Merdeka Centre berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah pilihan nombor satu dengan 52 peratus kadar kelulusan (approval rating).

2. Tentulah ramai penyokong beliau gembira dan bertambah yakin yang beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua. 

3. Dalam tinjauan (survey) terbaru firma itu, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar menduduki tempat kedua dengan 50 peratus kelulusan diikuti oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (36 peratus), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (28 peratus), Tan Sri Abdul Hadi Awang (25 peratus) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (24 peratus).

4. Tentu ramai juga bertanya, bolehkah respons daripada lebih sikit seribu orang mewakili pendirian berpuluh juta rakyat jelata?

5. Saya tidak mahu meletupkan belon sesiapa (burst anybody's balloon). Tetapi saya terpaksa berpihak kepada sejarah. 

6. Pada tahun 2018, ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pun gembira juga. 

7. Waktu itu, (Januari 2018), Merdeka Centre meramalkan: i. Tun Dr Mahathir Mohamad akan gagal menumbangkan Mohd Najib; dan ii. Mohd Najib akan menang dua pertiga.

8. Bukan penyokong biasa Mohd Najib saja yakin dan gembira, hatta badan korporat macam CIMB pun tumpang sekaki. 

9. Lantas ia menjadi tuan rumah kepada pembentangan hasil survey itu oleh Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian. 

10. Tetapi keterujaan CIMB itu tidaklah memeranjatkan atau kebetulan semata-mata oleh sebab pengerusinya masa itu adalah Datuk seri Nazir Abdul Razak, adik Mohd Najib.

11. Apabila PRU diadakan pada 9 Mei 2018, bukan saja Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) menang, malah Mohd Najib dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

12. Kesimpulannya, orang ramai yang tahu sejarah survey dan ramalan politik Merdeka Centre, tentulah tidak terkejut dengan dapatan kajian ke atas 1,209 orang responden antara 12 Mac dan 9 April, 2026 itu. 

13. Bagi Anwar, sokongan 52 peratus itu tidaklah menyeronokkan sangat. Beliau yang sudah jadi Perdana Menteri sejak 24 November 2022, hanya berjaya mengatasi podcaster, Khairy Jamaluddin, dengan hanya dua peratus. 

14. Sebaliknya orang yang beliau angkut dan angkat jadi Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid), duduk di tempat paling bawah dengan hanya 24 peratus "like".

15. Maksudnya "endorsement" Anwar kepada Ahmad Zahid tidak membantu menaikkan nama Presiden UMNO itu. 

16. Sebaliknya, Khairy yang dipecat daripada UMNO dan baru masuk semula, jauh lebih popular daripada Presidennya, Ahmad Zahid, dan hampir-hampir menyamai Anwar sendiri. 


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau hari ini, Sabtu 27 Jun 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu