Wanita Pejuang Terlalu Ghairah — Mendahului Hakim
Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku
HAMPIR 5 TAHUN MASIH TERTANGGUH SAMAN SIVIL - Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tonton video:
https://youtube.com/shorts/w7gcZq2hCPo?si=IcYpTY9r4rzbiRE
Saman sivil oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah tindakan undang-undang berhubung dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku pada Oktober 2018 ketika Yusoff menjadi pembantu penyelidik beliau.
Perkembangan utama kes setakat ini:
* Yusoff memfailkan saman pada tahun 2021 dengan mendakwa berlaku serangan seksual di kediaman Datuk Seri Anwar di Bukit Segambut. Datuk Seri Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai bermotif politik.
* Kes ini tertangguh beberapa kali akibat pelbagai permohonan undang-undang, termasuk usaha pihak Datuk Seri Anwar mendapatkan rujukan persoalan perlembagaan berkaitan imuniti Perdana Menteri.
* Pada Mac 2026, Datuk Seri Anwar menarik balik rayuannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rayuan kemudian memerintahkan beliau membayar kos RM50,000 kepada Yusoff Rawther.
* Pada April 2026, Datuk Seri Anwar memfailkan permohonan praperbicaraan bagi mendapatkan keputusan awal mahkamah terhadap beberapa isu fakta dan prosedur yang menurut beliau boleh menamatkan saman tanpa perlu perbicaraan penuh. Beliau juga memohon prosiding tertentu dijalankan tanpa kehadiran media dan orang awam.
* Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 4 Ogos 2026 untuk mendengar permohonan praperbicaraan tersebut. Peguam Yusoff turut memfailkan bantahan terhadap permohonan itu.
KISAH SEDIH DAN SEMANGAT JUANG YUSOFF RAWTHER
2021 - Yusoff Rawther Saman Serangan Seksual ke atas Datuk Seri Anwar sehingga kini kes masih tertangguh
2024 - Yusoff Rawther didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Senjata Api.
2025 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Yusoff Rawther tanpa dipanggil membela diri selepas hakim memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
*9 Bulan Yusoff Rawter berada dalam tahanan*
NAMUN ISU KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL BELIAU TERTANGGUH HAMPIR 5 TAHUN.
Semoga keadilan berpihak kepada yang benar dan Yusof Rawther diberikan kemenangan di atas penganiayaan.
Doakan kejayaan bagi Yusoff Rawther. Boleh kan..
Petikan tulisan Puan Hafiza Binti Jusoh, Ketua Pejuanita Malaysia, melalui hantaran di Facebook semalam, Isnin 25 Mei 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment