Tabung Haji di Hari Raya Haji

Tabung Haji kena “bayar” dengan sukuk dulu. Sekarang sukuk itu matang, bukan dibayar tunai. Diganti pula dengan hutang baru.

Inilah isu besar Urusharta Jamaah yang pendeposit TH wajib faham.

Pada tahun 2018, aset-aset bermasalah Tabung Haji dipindahkan kepada Urusharta Jamaah.

Sebagai “bayaran” kepada Tabung Haji, Urusharta Jamaah bukan bayar tunai penuh. Mereka terbitkan dua sukuk besar kepada Tabung Haji:

Sukuk Siri 1  Tempoh: 7 tahun  Matang: 29 Mei 2026  Kupon: sifar  Hasil: 4.05% setahun  Nilai nominal: RM13.20 bilion

Sukuk Siri 2  Tempoh: 10 tahun  Matang: 29 Mei 2029  Kupon: sifar  Hasil: 4.10% setahun  Nilai nominal: RM14.35 bilion

Maksudnya mudah: Tabung Haji serah aset kepada Urusharta Jamaah. Urusharta Jamaah beri sukuk kepada Tabung Haji sebagai bayaran.

Masalahnya sekarang, Sukuk Siri 1 akan matang pada 29 Mei 2026.

Sepatutnya, kalau aset sudah berjaya dipulihkan atau dijual dengan baik, Urusharta Jamaah boleh bayar balik Tabung Haji secara tunai, atau serah balik aset yang sesuai kepada TH.

Tetapi apa yang berlaku? Pada 21 Mei 2026, dalam sistem Securities Commission, Urusharta Jamaah dilihat membuat penerbitan Islamic Medium Term Notes sehingga RM12.5 bilion.

Angka RM12.5 bilion ini bukan kebetulan.

Sebelum ini, Sukuk Siri 1 hanya ditebus kecil-kecilan: Pada 2020 sebanyak RM200 juta dan pada 2023 sebanyak RM200 juta sahaja.

Sebab itu baki hutang Sukuk Siri 1 daripada RM13.2 bilion turun kepada sekitar RM12.5 bilion, termasuk kesan avoided interest atas jumlah yang telah ditebus.

Jadi nampaknya, apabila Sukuk Siri 1 matang, Urusharta Jamaah bukan bayar hutang lama kepada Tabung Haji dengan tunai hasil pemulihan aset.

Sebaliknya, hutang lama diganti dengan hutang baru. Itu bukan selesai. Itu rollover.

Dan ini membawa kepada soalan besar: Apa jadi dengan janji aset Urusharta Jamaah akan dipulihkan?

Apa jadi dengan kenyataan PMX pada 2023 bahawa aset Urusharta Jamaah akan diteliti supaya aset yang sesuai boleh diserah semula kepada Tabung Haji?

Kalau aset sudah pulih, kenapa perlu terbit hutang baru RM12.5 bilion? Kalau aset boleh dipulang, kenapa hutang lama tidak diselesaikan dengan aset atau tunai?

Takkan PMX sudah “kincin' Made in Madani” lagi, kali ini terhadap Tabung Haji pada Hari Raya Haji?

Lebih penting lagi, masalah Hibah Tabung Haji yang rendah mungkin akan berterusan. Sebab sebahagian besar nilai yang sepatutnya menjadi aset produktif TH masih terikat kepada instrumen hutang berkadar rendah sekitar 4.05% hingga 4.10% setahun untuk tempoh sederhana.

Maksudnya, atas kertas TH masih ada aset. Tetapi aset itu bukan menjana pulangan tinggi seperti pelaburan biasa. Ia terhad kepada hasil sukuk yang rendah.

Kalau sebahagian besar pulangan utama dihadkan sekitar 4.05% hingga 4.10%, jangan hairan kalau Hibah pendeposit TH juga susah hendak naik tinggi untuk tempoh yang lama.

Dulu kata aset bermasalah TH dipindahkan kepada Urusharta Jamaah supaya dipulihkan.

Tetapi selepas bertahun-tahun: Aset belum dipulihkan sepenuhnya. Janji serah balik aset kepada TH belum nampak hasil. Hutang besar pula diganti dengan hutang baru. Pendeposit TH masih berdepan prospek Hibah rendah.

Jadi jangan pusing cerita. Ini bukan kejayaan pemulihan. Ini tanda pemulihan Urusharta Jamaah tidak berjaya seperti yang dijanjikan.

Pendeposit TH tunggu Hibah lebih baik. Tetapi hutang lama diganti hutang baru.

Jadi apa sebenarnya yang sudah dipulihkan?


Dipetik dan adaptasi dari hantaran hari ini di Facebook penulis dan aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See.

Gambar-gambar diambil dari Facebook Eric See-To - Lim Sian See.

Seluruh kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan persendirian penulis dan/atau organisasi berkenaan, oleh itu ia tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim