Pengundi Melayu dalam dilema, UMNO parti rasuah—biar Cina DAP pula jadi perdana menteri

Selepas dihidang 9 perdana menteri Melayu sejak merdeka, orang Melayu wajar pertimbang Anthony Loke yang nampaknya lebih berintegriti sebagai Perdana Menteri Ke-11

Ini jika DAP berjaya memenangi kerusi terbanyak dalam PRU16 nanti dan bergabung dalam kerajaan yang memerintah, memandangkan jangkaan tiada parti atau gabungan tunggal mampu menang membentuk kerajaan

Semalam, Malaysiakini melaporkan Penasihat DAP Encik Lim Guan Eng menyifatkan UMNO dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan dan menggesa rakyat untuk menolak mereka pada pilihan raya akan datang.

Merujuk percubaan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar Aminuddin Harun, anggota parlimen Bagan itu berkata, ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengketepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi.

"Jelas sekali BN dan UMNO telah menunjukkan diri mereka sebagai rakan kongsi yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan.

"Percubaan rampasan kuasa mereka di DUN Negeri Sembilan dengan menarik balik sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terhadap menteri besar yang sah dan bekerjasama dengan ADUN PN (Perikatan Nasional) untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri Negeri Sembilan adalah satu contoh nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Satu lagi, kata Lim, adalah kenyataan yang sering disebut bahawa BN dan UMNO akan bergerak secara bersendirian atau solo pada pilihan raya umum akan datang menentang PH walaupun mereka bekerjasama dan memegang jawatan kabinet utama dalam kerajaan perpaduan.

"Tikaman dari belakang yang berulang kali terhadap PH oleh BN dan UMNO ini jelas menunjukkan bahawa mereka harus terus ditolak oleh rakyat," katanya.

Dalam satu temu bual pada 2 Mei lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan berkemungkinan besar BN akan bergerak solo namun pada masa sama mempunyai "persefahaman" dengan parti-parti lain.

"Kita telah pun solo selama ini, dalam PRU ke-14 dan ke-15. Dalam situasi akan datang, kemungkinan besar kita akan solo.

"Namun, kita perlu mengambil kira persefahaman dengan parti lain, terutama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan persaingan tiga penjuru," katanya yang juga pengerusi BN.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim