Peminat suspens menunggu pengumuman selebriti politik Malaysia pada Ahad, 17 Mei ini

Portal berita Malaysiakini sebentar tadi melaporkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik baharu pada 17 Mei, selepas kedua-duanya meletakkan jawatan dalam kabinet sebelum ini.

Rafizi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tempoh setahun bagi meneliti pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor sebelum menetapkan langkah politik seterusnya.

“Tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada kami berdua mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik kami yang seterusnya,” katanya.

Rafizi sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, manakala Nik Nazmi turut mengundur diri daripada jawatan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, tahun lalu.

Majlis pengumuman tersebut akan diadakan di PJ Performing Arts Centre (PJPAC) di Petaling Jaya, Selangor.

Program berkenaan terbuka kepada orang ramai pelbagai latar belakang, khususnya “mereka yang mahu menyuburkan aliran politik progresif”.

“Majlis pengumuman ini terbuka kepada orang ramai. Saya menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu menyuburkan aliran politik progresif untuk sama-sama hadir ke majlis ini,” katanya.

Februari lalu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR yang lantang mengkritik kerajaan dilaporkan berkata dia akan mengumumkan hala tuju politiknya pada Jun ini.

Rafizi berkata hala tuju politiknya akan berpegang kepada prinsip "empat tidak", termasuk tidak menyertai mana-mana parti politik sedia ada.

Memetik laporan Sin Chew Daily, portal berita Malaysiakini berkata Rafizi turut berkata dia tidak akan menyertai 'kuasa ketiga', tidak akan menubuhkan parti baru dan tidak akan bekerjasama dengan bekas menteri kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan dia tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada pilihan raya umum  (PRU) ke-16, namun enggan mengesahkan sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim