Kosongkan kediaman rasmi Undang Sungai Ujong serta-merta keterlaluan

Undang Sungai Ujong yang dipertikaikan, Datuk Mubarak Thahak (gambar, atas) menangguhkan pematuhan kepada arahan pengosongan kediaman rasmi, serta balai Undang dengan mendakwa tidak terdapat kejelasan dalam isu berkaitan, lapor Malaysiakini.

Dalam surat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Balai Undang yang mewakili Mubarak mempertikai surat yang dihantar di luar waktu pejabat berhubung penempatan semula kakitangan balai berkenaan yang diterima pukul 10 malam pada 27 April.

Manakala surat arahan pengosongan premis pula diterima pukul 4.40 petang semalam.

"Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menangguh pematuhan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi, dan Balai Undang Luak Sungai Ujong pada masa ini," kata Setiausaha Sulit Kepada Undang Sungai Ujong, Encik Ahmad Hanafi Ruzlan.

Surat berkenaan dialamatkan kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Encik Akmal Farid Rizal Noordin, dan turut dinyatakan salinan kepada Pejabat Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Krisis di antara institusi adat dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat terus memanas apabila kerajaan negeri mengarahkan Balai Undang Sungai Ujong dan kediaman rasmi berkaitan dikosongkan.

Surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 29 April itu mengarahkan pengosongan dilakukan serta-merta. Surat itu menyebut keputusan berkenaan dibuat selaras dengan ketetapan sidang khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 17 April lalu.

"Sehubungan dengan itu, pihak tuan puan diarahkan untuk melaksanakan pengosongan bangunan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungai Ujong berkuatkuasa serta-merta," kata surat itu yang dilihat portal berkenaan.

Dalam pada itu, Balai Undang turut meminta agar surat rasmi dan minit mesyuarat sidang khas DKU pada 17 April lalu di Istana Seri Menanti diserahkan kepada pihaknya.

Minit mesyuarat itu dipercayai berhubung pemecatan Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong.

"Pengosongan premis secara mendadak ini tanpa sebarang kepastian akan menjejaskan usaha pemulihan kami yang berterusan.

"Jika arahan pengosongan Balai Undang Luak Sungai Ujong ini diteruskan, pihak kami khuatir akan menimbulkan kekecohan dan pertelingkahan awam yang akan membawa kepada situasi lebih buruk," ujarnya lagi.

Pembesar di Sungai Ujong sebelum ini dilapor mencadangkan untuk menyingkirkan Mubarak sebagai Undang kawasan itu pada Mei tahun lepas atas 33 dakwaan kesalahan termasuk dakwaan pelanggaran undang-undang dan adat resam Islam.

Dakwaan ini telah dipertikaikan oleh penyokong Mubarak.

Pemecatan Mubarak menyebabkan dia dan tiga Undang lain menggunakan kuasa perlembagaan mereka pada 19 April untuk memecat Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mereka kemudian menyasarkan Aminuddin, selepas Menteri Besar itu menyifatkannya pengisytiharan mereka terhadap Tuanku Muhriz tidak sah kerana Mubarak telah dipecat sebelum ini. Mubarak bagaimanapun mendakwa bahawa pembesar yang mahu memecatnya sudah dipecat sebelum ini atas dakwaan salah guna kuasa.

Pergeseran ini kemudian membawa kepada tindakan 14 ADUN UMNO menarik balik sokongan terhadap Aminuddin, sekali gus menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

UMNO bagaimanapun kemudian mengumumkan bahawa 14 ADUN itu kekal menyokong kerajaan perpaduan, meski mereka turut kekal dengan keputusan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?