Jangan banding harga RON95 sahaja dengan UAE

Dulu masa jadi pembangkang, dia sendiri yang suruh jangan banding harga minyak Malaysia dengan negara lain.

Sekarang PMX pula nak banding RON95 Malaysia dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Memang betul, harga RON95 di UAE sekitar RM3.53/l tanpa had, lebih tinggi berbanding Malaysia RM1.99/l untuk 200 liter pertama dan sekitar RM3.97 selepas itu sebulan.

Harga diesel UAE pula sekitar RM5.05/l, hampir sama dengan Malaysia sekitar RM5.12/l.

Tapi perbandingan ini memang lari jauh.

Warga UAE tak terkesan sangat pun dengan harga RON95 pada RM3.53/l.

Kedudukan fiskal mereka jauh lebih kukuh, dengan bajet kerajaan yang konsisten dalam lebihan, berbanding Malaysia yang kerap berdepan defisit.

Saiz dana kekayaan berdaulat UAE pula sekitar RM14 trilion, jauh meninggalkan Khazanah Malaysia yang sekitar RM105 bilion sahaja.

Dengan kedudukan itu, kalau UAE nak beri petrol percuma tanpa had seumur hidup kepada kira-kira 1.3 juta Rakyat mereka pun masih mampu.

Cuba tengok perbezaan UAE vs Malaysia:

Cukai pendapatan peribadi: UAE 0%, Malaysia sehingga 30%

Cukai korporat: UAE 15%, Malaysia 24%

Cukai penggunaan: UAE VAT 5%, Malaysia SST 10% + 8%

Gaji minimum: UAE RM6,500 (sebelum top-up kerajaan UAE), Malaysia RM1,700

Purata pendapatan tahunan: UAE sekitar RM324,000 – RM518,400, Malaysia sekitar RM42,000 – RM48,000

Pendidikan: UAE menyediakan pendidikan percuma termasuk universiti

Cukai kereta: UAE duti 5% + VAT 5%, Malaysia duti eksais 60% – 105% + SST 10% - bermakna harga kereta di UAE pun dah jauh lebih murah banding Malaysia.

Selain itu, rakyat UAE turut menerima:

Tanah percuma serta pinjaman tanpa faedah untuk bina rumah

Top-up gaji sekitar RM6,500 sebulan bagi warga yang bekerja di sektor swasta

Elaun sekitar RM1,000 sebulan bagi setiap anak

Top-up gaji sekitar RM3,400 sebulan kepada isteri warga yang bekerja

Jadi, kenapa nak banding harga RON95 dengan UAE? 

Lebih baik PMX jelaskan kenapa harga diesel di Semenanjung Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara pesaing seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Jepun dan China.

Sebab diesel ialah input asas ekonomi yang memberi tekanan inflasi besar kepada harga barang jika tidak dikawal dengan elok.


Dipetik dan adaptasi dari hantaran hari ini di Facebook penulis dan aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See 


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?