Bersatu kurang senang PAS mesra dengan kumpulan Hamzah yang dipecat


Bersatu kelihatan kurang diperlukan dalam PN?

Salah satu faktor yang menyebabkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak berpuas hati kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), lebih dikenali sebagai Bersatu – seperti yang dinyatakan Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam – ialah kegagalan parti baharu diterima menjadi komponen Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan kenyataan dibuat Presiden PAS itu, difahami bahawa Bersatu menjadi penghalang kemasukan parti tersebut dan dipercayai ia juga melibatkan kemasukan kumpulan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Malam tadi seorang pemimpin Bersatu menyentuh isu itu dengan mengaitkannya dengan pembahagian kerusi semasa pilihan raya, kata Malaysiakini hari ini.

Ketua Penerangan Bersatu Encik Tun Faisal Ismal Aziz membangkitkan persoalan kesungguhan mahu membawa parti baharu menyertai PN ketika parti lain sudah lama menunggu untuk diterima sebagai ahli komponen gabungan tersebut.

Jika kumpulan Hamzah itu diterima menyertai PN, kata Tun Faisal, bekas Timbalan Presiden Bersatu itu didakwanya akan menjadi punca perpecahan sekali lagi.

“Mereka nak ambil kerusi siapa (dalam pilihan raya akan datang)? Sudah tentu Bersatu tidak akan beri kerusi Bersatu. MIPP (Parti Rakyat India Malaysia) masih belum ada kerusi.

“Jadi adakah pihak yang mahu menyokong kemasukan Hamzah dan Geng SD (akuan berkanun) ini mahu menyerahkan kerusi mereka?” katanya dalam kenyataan dimuat naik di media sosial yang dipetik Malaysiakini.

Semalam Abdul Hadi memberitahu media yang PAS tidak berpuas hati terhadap beberapa langkah Bersatu ketika kedua-duanya menjadi parti teras dalam PN.

Menyatakan bahawa PAS akan “mengajar” parti tersebut “satu per satu” Abdul Hadi memetik beberapa insiden yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan hampir hilang sabar.

Antaranya pertukaran penyandang Menteri Besar Perlis, keengganan menerima parti baharu dalam PN, serta tindakan dua ADUN Bersatu Negeri Sembilan yang membatalkan sokongan mereka kepada usaha BN menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Bersatu kemudian memaklumkan mereka memandang serius kenyataan dibuat Abdul Hadi dan berpendapat sebarang isu berbangkit sepatutnya ditangani atas semangat setiakawan demi memperkukuh PN.

Biro Politik parti itu juga akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk meneliti kenyataan dibuat Abdul Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan kemudian mengeluarkan arahan kepada ahli parti tersebut agar tidak mengulas isu terkini tanpa mendapat kebenaran daripada parti.

Mereka juga diminta agar kekal tenang dan menyerahkan urusan parti kepada Abdul Hadi dan pemimpin lain yang “akan menguruskannya dengan cermat dalam masa terdekat.”

Tun Faisal berkata PN perlu tahu menentukan keutamaan masing-masing dengan Bersatu ketika ini menumpukan usaha memperkuat parti berkenaan selepas mengalami krisis terkait dengan Hamzah dan penyokongnya.

“Fokus PN apa pula? Adakah fokus PN ialah untuk memasukkan Hamzah dan Geng SD atau untuk menjaga hubungan sesama anggota PN demi untuk mengukuhkan PN terlebih dulu?” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim