Rafizi nafi tidak bersuara ketika menjadi menteri

Beberapa media hari ini melaporkan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pegawai Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan bahawa dia tidak membangkitkan isu berkaitan kontrak Sistem Pengurusan Terpusat Pekerja Asing (FWCMS) semasa menjadi menteri.

Encik Aizuddin Abd Ghafal

Mendedahkan dia “memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi” sebegitu, Rafizi malah berkata apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

“Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis,” katanya.

“Bantahan ini ada di dalam rekod minit jemaah menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi menteri ekonomi,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Semalam, Encik Aizuddin Abd Ghafal, setiausaha politik Ramanan mempersoalkan mengapa Rafizi Ramli dan anggota parlimen Setiawangsa Encik Nik Nazmi Nik Ahmad "baru sekarang" bersuara mengenai FWCMS.

Aizuddin berkata kontrak FWCMS diperbaharui pada 2024 ketika kedua-duanya masih berada dalam kabinet.

Terdahulu, Rafizi, Nik Nazmi, bersama lapan lagi anggota parlimen PKR, mengemukakan bantahan terhadap rancangan untuk memberi Bestinet satu lagi kontrak kerajaan dipanggil The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), dikatakan bagi menggantikan FWCMS.

Dalam kenyataan mereka, wakil rakyat PKR itu berkata FWCMS dibelenggu dengan isu, yang menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Bestinet untuk membangunkan sistem sedemikian.

Bestinet menafikan dakwaan terhadapnya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan pada jemaah menteri sekitar pertengahan 2024.

Ketika itu, katanya, Aizuddin adalah pegawai tugas-tugas khas kepada menteri dalam negeri dan “sepatutnya dia ingat mengenai bantahan bertulis dari saya (Rafizi) dan Kementerian Ekonomi”.

Secara rasmi, katanya, dia menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.

Pendirian Kementerian Ekonomi ketika itu berasaskan perkara-perkara berikut:

# Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.

# Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.

# Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan jemaah menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.

# Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.

# Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.

Dedah minit mesyuarat

Sementara itu, Rafizi mencadangkan Ramanan mendapatkan kebenaran perdana menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat kabinet mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.

“Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa,” katanya.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri