Panggil orang bodoh, kamu belum tentu cerdik

Portal berita Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Encik Khoo Poay Tiong membalas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh yang membodohkan cadangannya agar kerajaan mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) atas alasan krisis ekonomi dengan satu pepatah Melayu.

Dalam satu kenyataan, pemimpin DAP itu mengingatkan Akmal supaya tidak perlu bersikap sombong atau memberi syarahan kepada orang lain tentang “maruah”.

“Jaga diri sendiri terlebih dahulu.

“Pepatah Melayu ada mengatakan ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri,’ katanya.

Semalam, Malaysiakini memetik Akmal menegaskan bahawa krisis ekonomi bukan alasan munasabah untuk mengisytiharkan darurat sambil membandingkan situasi tersebut dengan era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik!

“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh!" kata Akmal.

Khoo sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan negeri Melaka supaya mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Cadangan itu dibuat bagi menangguhkan pilihan raya negeri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api.

Khoo dalam kenyataannya hari ini terus mempersoalkan kewajaran mengadakan pilihan raya negeri seawal Jun atau Julai ini memandangkan dunia sedang berdepan krisis geopolitik yang serius.

Menurut Khoo, keutamaan harus diberikan kepada isu keselamatan tenaga dan kenaikan kos makanan berbanding mengalihkan sumber untuk tujuan pilihan raya.

"Isu utama dan persoalan yang perlu dijawab ialah: adakah sekarang masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya?

“Jelas sekali jawapannya adalah tidak, kerana terdapat keutamaan lain yang lebih mendesak,” katanya sambil menambah dunia kini sedang berdepan dengan krisis geopolitik yang serius, yang telah membawa kepada masalah bekalan tenaga dan bahan api, malah berpotensi menyebabkan kenaikan kos makanan dalam masa terdekat.

Tegasnya, pilihan raya negeri Melaka sebenarnya hanya wajib diadakan selewat-lewatnya pada Februari tahun hadapan, sekali gus memberikan ruang masa yang mencukupi untuk menunggu kestabilan global.

“Cadangan untuk mengisytiharkan darurat hanyalah salah satu pendekatan yang saya kemukakan, berdasarkan pengalaman ketika pandemik Covid-19.

“Jika ia tidak sesuai, kita boleh berbahas dan mencari alternatif lain — contohnya menunggu sehingga keadaan global kembali stabil sebelum mengadakan pilihan raya,” katanya lagi.

Selain Akmal, bekas setiausaha sulit kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Encik Marzuki Mohamad juga membidas Khoo yang menurutnya perisytiharaan darurat oleh perdana menteri ketika itu adalah kerana wabak penyakit dan soal keselamatan untuk untuk menjaga nyawa rakyat.

“Tetapi (Khoo) kerana takut kalau PRN diadakan ketika harga minyak mahal, parti kerajaan akan kalah. Yang nak dijaga ialah hayat parti kerajaan,” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?