3,375 individu terkorban akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel setakat 7 April
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama merujuk laporan Anadolu Ajansi yang memetik penyiar awam Iran IRIB sebagai melaporkan hari ini, Ahad 12 April 2026, bahawa Ketua Organisasi Perubatan Forensik Iran berkata seramai 3,375 individu yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel telah dikenal pasti menggunakan kaedah saintifik dan khusus.
Encik Abbas Masjedi Arani berkata jumlah korban dari 28 Februari hingga 7 April itu melibatkan 2,875 lelaki dan 496 wanita, tanpa butiran mengenai baki empat lagi individu.
Beliau berkata terdapat juga warga asing dalam kalangan mangsa yang terkorban, termasuk dari Afghanistan, Syria, Pakistan, China, Iraq dan Lubnan, namun tidak memberikan angka tepat.
Menurut beliau, proses pengecaman dijalankan melalui prosedur forensik termaju oleh organisasi berkaitan kerajaan itu.
AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lepas, mengorbankan puluhan pegawai tertinggi tentera, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, sebelum gencatan senjata selama dua minggu hasil perantaraan Pakistan awal minggu ini.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, selain menyekat pergerakan kapal melalui Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas.
AS dan Iran turut mengadakan rundingan di ibu negara Pakistan, Islamabad pada semalam, Sabtu 11 April, namun rundingan itu berakhir tanpa mencapai sebarang kata sepakat.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment