TMJ berani kerana benar


Malaysiakini melaporkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mencabar pihak yang menuduh baginda terlibat dalam pemalsuan dokumen pemain bola sepak warisan agar membawa perkara itu ke mahkamah.

Cabaran tersebut dibuat susulan kritikan yang timbul selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkaitan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam satu hantaran di akaun X miliknya pagi semalam, Tunku Ismail mencadangkan agar pengkritiknya mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda jika mempunyai bukti.

"Setuju! Saya ada cadangan yang lebih baik. Bawa saya ke mahkamah secara beramai-ramai dengan apa jua bukti yang ada. Sila," titah baginda sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna X.

Respons itu hadir selepas seorang pengguna media sosial menuntut agar Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertanggungjawab berhubung keputusan CAS yang mengekalkan sebahagian sekatan FIFA terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

Kes tersebut berkait dakwaan penggunaan dokumen palsu bagi membolehkan pemain terbabit mewakili skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Pengguna berkenaan turut memetik hantaran di akaun X baginda bertarikh 11 Januari 2025 — yang masih boleh diakses — apabila baginda merayu kepada kerajaan Malaysia agar membantu mendapatkan pasport bagi pemain kelahiran luar negara supaya mereka dapat mewakili negara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.

"Adalah penting bagi Harimau Malaya untuk memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif," menurut hantaran tersebut.

Menurut rekod, kesemua pemain berkenaan telah dipantau pada 2024 sebelum proses naturalisasi mereka dimulakan pada akhir tahun tersebut.

Dalam satu lagi maklum balas kepada pengguna media sosial yang bertanya sama ada tindakan undang-undang perlu difailkan di Malaysia atau di negara lain, baginda menjawab ringkas:

"Mana-mana (mahkamah) pun boleh, tuan."

Semalam, CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap Fifa berhubung hukuman yang dikenakan kerana memalsukan dokumen berkaitan naturalisasi dan kelayakan.

Dalam keputusan operasi (tanpa alasan terperinci) yang dikeluarkan hari ini, panel CAS memutuskan tujuh pemain tersebut tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan. Namun, hukuman itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti bola sepak.

“Setelah meneliti bukti yang dikemukakan, panel CAS mendapati kesalahan memalsukan dokumen kelayakan telah terbukti dan penggantungan selama 12 bulan daripada perlawanan adalah hukuman yang wajar dan sepadan bagi para pemain memandangkan mereka terlibat secara bersama dalam penipuan ini,” menurut kenyataan itu.

Tujuh pemain terbabit ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Bagaimanapun, selaras dengan Artikel 22 Kod Disiplin Fifa (FDC), panel CAS memutuskan penggantungan itu hanya terpakai untuk perlawanan serta semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Sehubungan itu, pemain dibenarkan meneruskan latihan bersama kelab masing-masing sepanjang tempoh penggantungan.

Pada September lalu, Fifa mengesahkan bahawa FAM dan tujuh pemain berkenaan didapati melanggar Artikel 22 FDC kerana memalsukan dokumen.

Hasil siasatan mendapati FAM telah menyerahkan dokumen yang dipercayai palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam perlawanan Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu.

FAM kemudian diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM11,000) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids