Kenyataan profesor ini berunsur membodek Anwar Ibrahim

Dari seorang ilmuwan yang berpendirian tegas, bertukar sedikit demi sedikit kepada pembodek bertaraf nasional

Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa seorang tokoh cendekiawan yang disegani suatu ketika dahulu, berpandangan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sebagai liabiliti bukan sahaja kepada Pakatan Harapan (PH), malah kepada landskap politik negara ketika ini.

Tokoh ilmuwan itu yang merupakan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Dr Tajuddin Rasdi dipetik sebagai berkata, Rafizi yang sebelum ini dianggap aset kepada PH kini dilihat sukar bekerjasama dengan mana-mana pihak, sedangkan realiti politik semasa menuntut kerjasama dalam kerajaan campuran.

Menurutnya, pendekatan Rafizi yang sering mengkritik tanpa menawarkan penyelesaian pragmatik turut menimbulkan persoalan terhadap peranan beliau dalam politik negara.

“Rafizi tidak mendapat sokongan daripada parti komponen kerajaan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UMNO, Amanah dan kebanyakan pemimpin DAP.

“Tiada sesiapa yang akan berkawan dengan seseorang yang mengkritik parti sendiri dan presiden sendiri tanpa segan silu, termasuk ketika demonstrasi,” katanya.

Terdahulu, Tajuddin turut menyifatkan kritikan Rafizi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenyataan yang 'paling tidak beradab'.

Menurut beliau, dakwaan Rafizi yang menuduh Anwar obses terhadap kuasa dan jawatan Perdana Menteri adalah tidak wajar memandangkan perjuangan panjang yang dilalui Anwar, termasuk berdepan kekerasan polis serta pemenjaraan selama bertahun-tahun.

Selain itu, katanya, tuduhan Rafizi terhadap PKR berhubung isu pengundian dalam parti juga tidak pernah dibuktikan atau dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Dalam pada itu, Tajuddin berkata tindakan Rafizi meletakkan jawatan sebagai menteri selepas kalah dalam pertandingan parti juga tidak sepatutnya berlaku.

“Sepatutnya beliau menggerakkan semula penyokong untuk bertanding jawatan presiden secara terhormat dan beradab.

“Tetapi beliau sendiri menyatakan tidak akan menjadi pemimpin PKR dan pada PRU16 akan bertanding secara solo sebagai calon bebas,” katanya seperti dipetik akhbar Bahasa Melayu berpengaruh itu.

Bagaimanapun, Tajuddin berpendapat Rafizi sukar memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya bertanding secara bebas atau menubuhkan parti baharu kerana tidak mempunyai sokongan undi yang mencukupi.

Menurutnya, sekiranya undi bukan Melayu berpecah, keadaan itu berpotensi memberi kelebihan kepada parti besar seperti UMNO, Bersatu dan PAS dalam pilihan raya akan datang.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids