Bersatu kehilangan seorang lagi Ahli Parlimen

Portal berita lantang Malaysiakini melaporkan Bersatu memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini, Selasa 6 Januari 2026.

Menurut sepucuk surat Lembaga Tatatertib Bersatu bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Saifuddin, keputusan tersebut ditentukan dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Ketika dihubungi portal berkenaan, Saifuddin yang merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pahang, mengesahkan penamatan keahliannya dalam Bersatu dan memaklumkan dia akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Encik Harris Idaham Rashid, seperti dilapor Bernama mengesahkan pemecatan itu berkait kritikan Saifuddin terhadap Muhyiddin.

“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.

Saifuddin dikatakan melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti namun Harris Idaham tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Pada Oktober tahun lalu, Saifuddin yang juga bekas Ahli PKR  itu disingkirkan daripada jawatan pengerusi PN Pahang dikatakan susulan desakannya agar Muhyiddin berundur sebagai presiden Bersatu dan Azmin digugurkan daripada jawatan setiausaha agung parti.

Saifuddin antara ahli parlimen Bersatu secara terbuka menentang Muhyiddin.

Dua yang lain ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Machang Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Saiful dipecat daripada Bersatu manakala keahlian Wan Ahmad Fayhsal digantung selama sepenggal.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim