Titah Agong tidak boleh diketepikan begitu sahaja atas alasan kecacatan dokumen dan prosedur—Pendirian Berita Harian

Akhbar Bahasa Melayu tertua dan dihormati hari ini menegaskan pendirian mereka bahawa Titah Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh diketepikan begitu sahaja atas alasan kecacatan dokumen dan prosedur.

Ini kerana ia berpotensi menghakis keseimbangan kuasa antara institusi negara.

Minda Pengarang akhbar Berita Harian berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang, bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dilihat mengundang polemik perundangan.

Hakim Datuk Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan Najib yang juga bekas Presiden UMNO supaya kerajaan melaksanakan Titah Adendum selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya turut menegaskan Kerajaan MADANI menghormati keputusan hakim dan berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa susulan penghakiman isu Titah Adendum itu .

Berita Harian seterusnya membangkitkan, apa yang dipersoalkan sebahagian pengamal undang-undang termasuk parti politik bukan menyentuh keputusan hakim, sebaliknya impak di sebalik keputusan itu terhadap kedaulatan institusi diraja dan sistem Raja Berperlembagaan.

"Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dalam sistem ini, Perlembagaan jelas memperuntukkan kuasa tertentu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, termasuk kuasa pengampunan di bawah Perkara 42.

"Apabila Raja menggunakan kuasa diperuntukkan Perlembagaan, keputusan itu datang bersama tanggungjawab untuk dilaksanakan. Selagi sesuatu titah atau keputusan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan, semua pihak termasuk institusi pentadbiran dan kehakiman mempunyai kewajipan Perlembagaan menghormati serta melaksanakannya.

"Oleh itu, polemik yang timbul kala ini adalah alasan sesuatu titah Raja tidak dibincangkan, tidak didokumenkan dengan sempurna atau tidak melalui saluran pentadbiran tertentu termasuk Lembaga Pengampunan, tidak seharusnya dijadikan alasan menangguhkan atau menafikan 'arahan' berkenaan.

"Kebimbangan dibangkitkan adalah kelemahan aspek pentadbiran atau formaliti yang tidak boleh dijadikan alasan untuk melemahkan atau menafikan kuasa Raja yang sah di sisi Perlembagaan. Doktrin pengasingan kuasa memberikan badan kehakiman peranan penting menegakkan undang-undang.

"Namun, terdapat tafsiran yang ia tidak boleh melangkaui batas dengan menilai atau mengehadkan kesan kuasa diperuntukkan Perlembagaan secara jelas kepada Raja. Menghormati keputusan mahkamah tidak bermaksud menerima tafsiran berpotensi menghakis keseimbangan kuasa antara institusi negara.

Penghakisan kuasa Raja secara halus dan berperingkat, tanpa perlu Perlembagaan dipinda

"Wujud kebimbangan dalam hal ini jika titah Raja termasuk Titah Adendum boleh diketepikan atas alasan 'kecacatan' prosedur atau pentadbiran, implikasinya amat besar. Ia membuka ruang kepada penghakisan kuasa Raja secara halus dan berperingkat, tanpa perlu Perlembagaan dipinda.

"Menjunjung Perlembagaan bermaksud mempertahankan semua institusi dibentuk termasuk kedudukan Raja-Raja. Jika difahami dengan mendalam 'semangat dan roh' institusi diraja, titah Raja bukan cadangan pentadbiran, sebaliknya satu dekri wajib dipenuhi selagi tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara," kata akhbar itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak