Tiga kerusi DUN Perlis dibiar kosong tanpa Pilihan Raya Kecil

Speaker tarik balik permohonan adakan PRK di tiga kerusi diisytihar kosong di Perlis


Ketegasan PAS

Media melaporkan di hari terakhir tahun 2025, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menarik semula pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung permohonan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi tiga kerusi iaitu Chuping, Guar Sanji dan Bintong, yang sebelum ini diisytihar kosong.

Di Kangar, Speaker DUN Perlis, Encik Rus'sele Eizan, berkata walaupun tidak akan berlaku Pilihan raya kecil (PRK), ketiga-tiga kerusi berkenaan akan kekal dibiar kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk pendirian PAS selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri Perlis," katanya.

Sebelum ini, Rus'sele dilapor menghantar notis pemakluman kepada SPR memaklumkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS iaitu Encik Saad Seman (Chuping), Encik Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Encik Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) tidak layak menjadi anggota Dewan mengikut Perkara 50A(1)(a)(ii) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Notis pemakluman turut menyatakan keperluan mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Rus'sele berkata, selepas PAS mengeluarkan kenyataan media rasmi semalam yang memberi jaminan untuk terus mendukung kerajaan negeri Perlis selaras mandat rakyat pada PRU15, beliau berpandangan kedudukan majoriti ADUN tidak lagi terjejas.

"Kenyataan Menteri Besar Perlis yang menegaskan komitmen meneruskan agenda perpaduan PN yang ketika ini masih memiliki majoriti besar iaitu 11 daripada 15 kerusi DUN turut diambil kira dalam pertimbangan semula itu.

"Sehubungan itu, saya mendapati tiada lagi keperluan untuk diadakan pilihan raya semula bagi tiga kekosongan luar jangka berkenaan," katanya.

Rus'sele menjelaskan, penarikan balik pemakluman mengenai keperluan PRK itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada SPR Perlis semalam, namun kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi terbabit kekal berkuat kuasa sebagaimana surat bertarikh 29 Disember lalu.

"Keputusan terbaharu itu juga sebagai menjunjung titah Raja Perlis agar semua ADUN PN kembali bersatu dan bekerjasama demi kepentingan negeri serta rakyat Perlis," katanya seperti dipetik akhbar dan portal Berita Harian hari ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim