Pelamin Angan Ku Musnah

Angan Bersatu nak jadi MB Perlis tergendala, hampir pasti musnah

Agensi berita rasmi Malaysia hari ini melaporkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Perlis yang jawatan mereka sebagai wakil rakyat gugur selepas keahlian mereka terhenti serta-merta, diminta memulangkan segera aset kerajaan negeri yang digunakan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Encik Rus'sele Eizan berkata pihak DUN akan memaklumkan mengenai pemulangan keperluan yang diguna pakai ADUN Chuping Encik Saad Seman, ADUN Bintong Encik Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Encik Mohd Ridzuan Hashim.

"Secara automatik (jawatan) gugur, kita bukan pecat tetapi memang diberhentikan, semua jawatan dipegang termasuk wakil rakyat, (aset kerajaan negeri digunakan mereka harus) dipulangkan secepat mungkin,” Bernama memetik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis itu sebagai berkata pada sidang media di Kompleks Seri Putra di Kangar hari ini.

Mohd Ridzuan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan serta Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis.

Terdahulu, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta.

Rus’sele berkata kekosongan itu selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Sebelum ini, media melaporkan ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Encik Mohd Shukri Ramli.

Berikutan itu, kenyataan media Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi memaklumkan keahlian tiga ADUN berkenaan terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, PN yang memenangi 14 kerusi DUN negeri itu terdiri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu, manakala seorang ADUN PKR bagi Indera Kayangan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim