Taufiq Johari, MMC, PKR, Fahmi Fadzil tak jawab
Nampaknya, MMC dah jawab soalan aku. Penjelasan MMC jelas. Universiti Taufiq Johari tak diiktiraf. Pengajian Taufiq Johari tak diiktiraf. Maka dia tak boleh amalkan perubatan dalam negara.
Bila universiti kau tak diiktiraf, kau tak boleh mohon APC. Bila tak boleh mohon APC, tak boleh rawat orang, tak boleh beri ubat, tak boleh suntik orang.
Okay itu jelas…
Yang masih belum ada penjelasan oleh Taufiq Johari atau tindakan oleh lKKM dan PDRM adalah apa yang dia buat di Klinik Dr Hadi pada tahun 2022? Kalau dia kerja sebagai ‘cleaner’ tak apalah. Tapi kalau dia berkerja sebagai doktor, dia telah melanggar undang-undang.
Begitu juga dalam gambar melawat dan memberikan rawatan kepada pesakit seperti yang dilampirkan. Tanpa APC, berikan rawatan. Kan melanggar undang-undang.
Kalau nak dijelaskan, undang-undang yang dia telah langgar adalah; Seksyen 20, Seksyen 33(1), Seksyen 33(1)(a)-(d), Akta Perubatan 1971.
Kalau didapati bersalah, Seksyen 33 ini memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, penjara 3 tahun atau kedua-dua sekali.
Bab ni, Taufiq Johari tak jawab, MMC tak jawab, PKR tak jawab, Fahmi Fadzil tak jawab dan PMX pun tak jawab.
Bila semua tak berani jawab, faham-faham sajalah maksudnya. Taufiq Johari, tahniah anda kebal daripada undang undang!
Adaptasi dari tulisan IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF, Setiausaha, Lajnah Penerangan PAS Pusat. Pertama kali disiarkan HARAKAHDAILY bertarikh 25 Disember 2025.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment