Segalanya Salah Bila Kuasa, Wang dan Rasuah Bergabung

Merujuk kepada satu hantaran di media sosial, Berita Harian melaporkan hari ini bekas eksekutif PetroSaudi dan pemberi maklumat 1MDB, Xavier Andre Justo, menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebagai bukti bahawa 'keadilan itu penting'.

"Hari ini adalah hari yang sangat bermakna bagi saya," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Justo, yang bertindak sebagai pemberi maklumat, sebelum ini membocorkan butiran kepada media mengenai bagaimana berbilion ringgit diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2011.

Dana kekayaan negara itu, yang ditubuhkan oleh Najib pada 2009, menjalinkan usaha sama dengan PetroSaudi bagi merancakkan pembangunan ekonomi melalui perkongsian global.

Justo, seorang warga Switzerland, ketika itu adalah eksekutif PetroSaudi International Ltd.

"Saya amat berterima kasih atas keadilan, kebebasan dan keberanian hakim serta pendakwa raya Malaysia dalam kes ini.

"Usaha mereka menghantar mesej yang jelas, tiada sesiapa kebal daripada undang-undang, tanpa mengira kuasa yang pernah dimiliki pada masa lalu," katanya.

Justo turut berkata: "Fikiran saya bersama para mangsa. Rakyat Malaysia yang menderita ketika wang dicuri dalam skala begitu besar.

"Berbilion-bilion telah dijarah. Wang yang sepatutnya boleh membawa perubahan. Untuk hospital. Untuk sekolah. Untuk kerja-kerja awam. Untuk masa depan," katanya.

Mengulas kepentingan kes berkenaan, Justo berkata: "Kes ini selama bertahun-tahun melambangkan segala yang salah apabila kuasa, wang dan rasuah bergabung.

"Ia adalah ujian terhadap institusi, individu dan kemuncak tanggungjawab seseorang itu sendiri. Keputusan yang adil sama sekali tidak pasti dapat dicapai," katanya.

Secara peribadi, beliau menulis: "Ini adalah hasil akhir kepada bertahun-tahun kerja keras, terasing dan berpegang kepada kebenaran, walau setinggi mana harga yang perlu dibayar.

"Ia melegakan untuk melihat undang-undang berfungsi, keadilan ditegakkan dan keyakinan dipulihkan, bukan sahaja terhadap sistem, tetapi juga terhadap manusia," katanya.

Menyentuh kesan lebih luas keputusan itu, Justo menambah: "Keputusan ini mempunyai kesan melangkaui Malaysia.

"Ia terpakai kepada pemberi maklumat, mangsa rasuah dan mereka yang sebelum ini diberitahu bahawa bercakap benar adalah sia-sia. Keadilan itu penting," katanya.

Justo ditahan polis Thailand di pulau Koh Samui pada Jun 2015 sebelum dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas pertuduhan ugutan berkaitan pengendaliannya terhadap maklumat 1MDB.

Beliau menghabiskan lebih setahun dalam tahanan Thailand sebelum hukumannya diringankan dan dibebaskan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim